Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Malu dan terus malu…Usul Pemuda Kuantan ditolak mentah-mentah.

image

Sejarah tercipta lagi di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Kuantan 2014 bilamana usul yang dibawa oleh Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan DITOLAK MENTAH-MENTAH oleh para perwakilan. Apa yang menariknya hinggakan perwakilan G10 Pemuda juga tidak mampu mengangkat tangan tanda sokongan kepada usul pergerakan mereka sendiri. Apa sudah jadi dengan Pemuda Kuantan?

3 perwakilan membahaskan usul Pemuda yang dibawa oleh perwakilan G10 Pemuda dan disokong juga oleh perwakilan G10 Pemuda. Malang sekali usul yang dibawa JELAS TIDAK MENAMPAKAN KEMATANGAN DAN BERKUALITI. Sepatutnya usul yang datang dari Pemuda ialah satu usul yang relevant dan yang mampu mengubah haluan pergerakan Pemuda UMNO Kuantan. Agak malang sekali begitu cetek pemikiran mereka hinggakan tidak mampu untuk mengetengahkan isu yang padu, padat dan relevant dalam kita berdepan dengan situasi politik yang kompleks ketika ini.

Usul berkaitan kualiti padang dan penambahbaikan gelanggang-gelanggang futsal rasanya lebih sesuai jika dibicarakan diperingkat cawangan bukan diperingkat bahagian. Tajuk usul “Memantapkan Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan melalui sukan dan riadah” dilihat amat bersifat keanak-anakan. Dari tajuknya saja kita sudah nampak ketidakupayaan Pemuda UMNO Kuantan sekarang ini berfikir diluar kotak, berfikir secara kreatif dan berfikir secara kritikal. Mereka sebenarnya memalukan UMNO bukan sahaja Pemuda bahkah seluruh institusi UMNO kerana gagal mencerminkan daya pemikiran yang progresif. Buat masa ini memang benar Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dibawah kepimpinan Ketua Pemuda Bahagian kini menjadi bahan jenaka disemua peringkat.

Agak menarik juga bila penyokong usul Pemuda menyentuh tentang hubungan antara Pemuda dan Bahagian, digambarkan bahawa Pemuda adalah anak dan Bahagian adalah bapa. Mereka mohon tunjuk ajar dari bahagian agar mereka dapat bergerak kehadapan. Mengapa baru sekarang memohon bantuan? Pernah atau tidak Ketua Pemuda meletakan keutamaan untuk bertanya pendapat atau nasihat dari bahagian bila membuat keputusan untuk bersama Geng 11? Mengapa mengada-adakan cerita bahawa bahagian tidak memperdulikan Pergerakan Pemuda? Baru sekarang mohon tunjuk ajar dari kepimpinan bahagian? Mengapa sebelum ini Ketua Pemuda LANGSUNG TIDAK MENGHORMATI KEPIMPINAN BAHAGIAN BILA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BERSAMA GENG 11? Sudah-sudahlah menyalahkan orang lain kerana kebodohan sendiri. Cukup-cukuplah memalukan UMNO dengan tindakan yang mengutamakan kepentingan peribadi.

Pemuda UMNO Kuantan tiada kualiti, tiada standard, tiada keupayaan dan tidak layan untuk diletakan sebagai tulang belakang parti. MALU DAN AMAT-AMAT MEMALUKAN…..

2 Responses to “Malu dan terus malu…Usul Pemuda Kuantan ditolak mentah-mentah.”

  1. Kualiti usul Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan seperti sampah. Usul yang di utarakan tidak menitikberatkan perjuangan Agama, Bangsa dan Negara.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s