Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemuda Kuantan hilang punca dibawah Ketua Pemuda sekarang.

image

Sepatutnya kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan komited untuk melaksanakan amanah dan memperbetulkan ada yang kononnya tidak betul dibawah kepimpinan mantan Ketua Pemuda YH Dato Suffian Awang. Tetapi perubahan atau transformasi yang diharapkan tidak kunjung tiba bila Ketua Pemuda yang ada sekarang mengambil keputusan untuk bersama Geng 11. Baru beberapa bulan menjadi Ketua Pemuda sudah mula menampakan belang mempersoalkan perlantikan Ketua Pemuda UMNO Negeri oleh pucuk pimpinan Pemuda UMNO Malaysia. Jadi dimanakah agenda perubahan yang dicanang-canangkan dahulu?

Tidak cukup dengan itu berlaku pula perpecahan dalaman diantara Ketua dan Naib gara-gara tidak sehaluan diatas tindakan masing-masing. Jika dahulu boleh bekerjasama kenapa tidak sekarang? Kenapa tidak mendahulukan kepentingan ahli-ahli akarumbi? Mengapa Ketua Pemuda mendahulukan kepentingan Ketua Pemuda Bera untuk menjadi Ketua Pemuda Negeri? Apa yang telah dijanjikan? Dan apa yang mahu dikejar oleh Ketua Pemuda Kuantan? Adakah jawatan diperingkat negeri menjadi pertaruhan? Mengapa mengheret seluruh ahli akarumbi didalam kemelut ini? Siapa yang rugi dan siapa yang untung dalam isu ini?

Memang benar kita perlukan Pemuda yang berani dan lantang tetapi bukan dalam memperjuangkan perkara-perkara yang tidak mengutungkan mana-mana pihak. Banyak lagi isu-isu orang muda yang menuntut Ketua Pemuda lantang dan berani. Pemuda UMNO Kuantan bagaikan hilang arah bila tindakan Ketua Pemuda ini tidak langsung mendapat sokongan mahupun perhatian dari UMNO negeri dan bahagian. Malahan majoriti pemuda peringkat cawangan juga tidak langsung memahami motif sebenar tindakan menyokong Geng 11 ini oleh Ketua Pemuda Kuantan. Apa hasil yang mereka dapat selain malu dan terhina bila tidak mampu melaksanakan program-program untuk menarik minat anak-anak muda bersama UMNO.

Dengan mengheret seluruh ahli akarumbi Pemuda UMNO Kuantan dalam mempersoalkan tindakan MKT mengantung Ketua Pemuda Indera Mahkota dan Maran jelas membuktikan Ketua Pemuda Kuantan gagal memahami aspirasi orang muda di Kuantan ini. Mengutamakan sesuatu yang tidak mampu memberi kelebihan kepada Pemuda Kuantan adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab. Amanah dikhianati, tanggungjawab tidak dihiraukan, transformasi langsung sudah tidak dipedulikan lagi, apa yang penting memperjuangkan agenda meletakan seseorang sebagai KPN. Ramai merasakan terkilan bila Pemuda Kuantan gagal membawa perubahan yang dilaung-laungkan sebelum ini.

Gagal memperkasakan ekonomi anak muda, gagal membawa suara anak muda keperingkat tertinggi, gagal menarik penglibatan anak-anak muda didalam Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan, gagal mempekasakan belia Kuantan, gagal untuk menjadi suara akarumbi. Inilah beberapa kegagalan Ketua Pemuda UMNO Kuantan ketika ini. Seluruh institusi Pemuda Kuantan diheret ke kancah pergelutan yang tiada berkesudahan. Menjadikan seluruh institusi sebagai mangsa atas tindakan tidak bertanggungjawab Ketua Pemuda itu sendiri. Perbuahan yang dijanjikan tidak langsung dilaksana bahkan menjadikan Pergerakan Pemuda UMNO Kuantan ini sebagai pariah politik. Adakah ini yang dimahukan oleh akarumbi?

Apa yang Pemuda Kuantan mahukan adalah satu pergerakan yang mampu menyatukan semua ahli-ahli akarumbi bukan menjadikan pergerakan pemuda ini sebagai anjing kurap. Legasi yang dibina oleh mantan-mantan Ketua Pemuda selama berpuluh tahun ini dimusnahkan dalam masa kurang setahun oleh Ketua Pemuda yang ad sekarang. Mana tanggungjawab Ketua Pemuda terhadap amanah yang diberikan?

Tiada pilihan buat Ketua Pemuda UMNO Kuantan kali ini, letak jawatan atau mohon maaf dan kembalikan maruah pemuda UMNO Kuantan yang teruk dicalarkan olehnya.

No Responses to “Pemuda Kuantan hilang punca dibawah Ketua Pemuda sekarang.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s