Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

KP UMNO Kuantan!! Jangan heret Pemuda Kuantan ke dalam kemelut Geng 11.

Kemelut Pergerakan Pemuda UMNO Pahang kian meruncing dengan pengantungan dua (2) Ketua Pemuda UMNO Bahagian Indera Mahkota dan Maran. Kini keadaan makin hangat dengan berlangsungnya mesyuarat sayap Pemuda Bahagian. Apa yang berlaku menampakan bagaimana isu atau kemelut ini telah mengheret seluruh ahli-ahli Pemuda kedalam satu bentuk penentangan terhadap pucuk pimpinan pusat.

Seperti apa yang telah berlaku dimesyuarat Pergerakan Pemuda Bahagian Kuantan dimana satu usul telah dibaca oleh Ketua Pemuda Kuantan sendiri yang mempersoalkan tindakan Majlis Kerja Tertinggi mengantung Ketua Pemuda Indera Mahkota dan Maran. Apa yang berlaku di Kuantan seakan-akan ada cubaan untuk menarik seluruh Pemuda Bahagian Kuantan kedalam kancah pergelutan antara Geng 11 dan UMNO Pusat. Realitinya tindakan Ketua Pemuda Kuantan menyokong Geng 11 tidak langsung mendapat sokongan dari pucuk pimpinan UMNO Bahagian Kuantan apatah lagi majoriti ahli-ahli Pemuda diperingkat cawangan.

Amat mengecewakan sekali bila tindakan Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini jelas telah membelakangkan kepentingan akarumbi dengan menolak sebarang bentuk peruntukan dari Pemuda Pusat bagi menjalankan program-program. Tindakan ini dilihat sebagai satu pengkhianatan terhadap amanah yang telah diberikan kepada Ketua Pemuda dan seluruh barisan kepimpinan Pemuda Bahagian. Dengan menyokong Geng 11 tanpa merujuk kepada akarumbi dan ahli-ahli Pemuda amat jelas Ketua Pemuda Kuantan tidak menghiraukan langsung peranan ahli-ahli peringkat cawangan dalam institusi Pemuda.

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kuantan dilihat semakin lesu dengan beberapa masalah dalaman yang tercetus dikalangan kepimpinan itu sendiri. Dimanakah kepentingan akarumbi yang dilaung-laungkan sebelum ini. Adakah adil bagi seluruh institusi Pemuda Bahagian diheret sekali dalam kemelut yang dicipta oleh Geng 11 itu sendiri? Dengan membawa tagline Transformasi Akarumbi ketika melalui kempen yang lepas barisan kepimpinan Pemuda Kuantan dilihat sebagai satu pasukan yang mampu membawa perubahan yang drastik didalam pergerakan pemuda itu sendiri tetapi amat malang sekali bila perubahan yang diharapkan yang diterima adalah kekalutan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan sepatutnya meletakan kepentingan ahli-ahli Pemuda bahagian dahulu sebelum cuba menjadi juara diperingkat negeri. Keadaan dibahagian sendiri masih tidak mampu untuk diatas lagi sudah cuba berani pergi ke peringkat negeri. Amanah yang diberi telah dikhianati dan makin hari makin memalukan UMNO Bahagian Kuantan. Apa yang berlaku jelas menampakan ketidak upayaan Ketua Pemuda UMNO Kuantan ini meneraju pergerakan ini untuk menjadi satu pergerakan yang dihormati dan disegani.

Kegagalan menunaikan aspirasi Pemuda Kuantan amat jelas, kekusutan makin tidak dapat dihuraikan dan makin banyak masalah yang timbul. Dikalangan kepimpinan itu sendiri sudah nampak keretakan dan bakal hilang fungsi. Diharapkan agar Ketua Pemuda Kuantan ini JANGAN MENGHERET SELURUH INSTITUSI PEMUDA KUANTAN KEDALAM AGENDA PERIBADI KAMU……

No Responses to “KP UMNO Kuantan!! Jangan heret Pemuda Kuantan ke dalam kemelut Geng 11.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s