Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO ketandusan pemimpin berkualiti disemua peringkat.

Aset utama bagi sesebuah organisasi ialah minda. Tanpa minda dan pemikir yang hebat sesebuah organisasi itu bakal berhadapan dengan kehancuran. Demikianlah apa yang terjadi kepada UMNO. Parti Melayu ulung yang KETANDUSAN pemimpin yang hebat dan berani disemua peringkat. Inilah hasil dari political warlords didalam UMNO. Mereka-mereka yang berani menyuarakan suara rakyat yang mungkin mendapat tempat langsung dikalangan kepimpinan apatah lagi jika individu itu menongkah arus.

UMNO lesu dan tidak bermaya kerana political warlords ini akan menghapuskan sesiapa sahaja yang dirasakan boleh mengancam kedudukan mereka dan mampu memberi idea-idea yang memberi manfaat kepada rakyat. Mereka yang tidak boleh dibeli jiwanya dengan wang ringgit bakal menjadi mangsa diketepikan. Senario politik didalam UMNO ini tidak mungkin dapat dihapuskan kerana ianya telah berakar umbi sejak sekian lama. Political warlords akan terus meletakan kroni-kroni atau anak didik mereka dengan mencatur setiap pemilihan parti. Adakah ini satu tindakan demokratik didalam UMNO? Sebagai sebuah organisasi yang mendokong demokrasi tabiat ini menampakan bagaimana UMNO itu dipenuhi dengan golongan-golongan yang tidak mampu berfikir untuk rakyat, mereka hanya berfikir untuk diri mereka dan boss-boss mereka.

UMNO diwujudkan untuk berjuang demi rakyat dan menjuarai agenda Melayu tetapi kini UMNO lebih dilihat sebagai sebuah organisasi meraih kekayaan dan membolot harta. Dimana keutamaan parti UMNO ini? Didalam UMNO kini dipenuhi oleh macai-macai kepada warlords-warlords yang menerajui disemua peringkat. Bagaimana hendak menjuarai perjuangan rakyat sedangkan didalam parti sendiri begitu banyak politiking dan puak-puak? Mereka dilihat lebih gemar berpolitik antara mereka daripada menjuarai perjuangan rakyat. Pemikir-pemikir dan golongan-golongan yang professional hanya menjadi alat bagi mereka. Jika mereka perlu barulah dicari, jika tidak diperlukan lagi golongan-golongan ini dibiar sepi.

UMNO GAGAL dalam menjuarai perjuangan rakyat kerana mereka sudah TIDAK MEMPUNYAI GOLONGAN YANG MAMPU MEMBAWA PERUBAHAN. Yang ada hanyalah golongan yang digelar jerung dan buaya yang hanya menantikan habuan semata-mata. Yang menawarkan diri untuk bertanding diperingkat pelapis pula masing-masing tidak berupaya berfikir diluar kotak pemikiran mereka. Apa yang mereka mampu hanyalah memperjuangkan agenda peribadi, cuba mencari kekayaan dan peluang untuk mencari kekayaan. Inikah fungsi sebenar pertubuhan politik? Inikah tujuan sebenarnya mengapa diwujudkan parti politik?

Parti politik Melayu yang sepatutnya membantu membangunkan rakyat terutamanya Melayu hanya menjadi alat untuk mengangkat segelintir individu yang digelar sebagai pemimpin untuk menjadi kaya-raya. Ini realiti sebenar parti UMNO. Yang jujur dalam perjuangan diketepikan sama sekali dan tidak langsung mendapat ruang didalam parti. UMNO kian dijauhi oleh golongan yang mempunyai pemikiran kritis dan golongan professional kerana disisihkan dari lingkup parti.

UMNO kian uzur dan keuzuran UMNO ini akibat dari golongan-golongan yang hanya mementingkan diri sendiri. MASA SUDAH TIBA UNTUK UMNO BEREHAT. MASA SUDAH TIBA UNTUK UMNO BERSARA……

No Responses to “UMNO ketandusan pemimpin berkualiti disemua peringkat.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s