Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO perlu perubahan kepimpinan demi survival orang Melayu.

image

Tragedi 13 Mei terjadi bila gabungan Perikatan gagal mendapat majoriti 2/3 diparlimen. Komponen Perikatan terdiri daripada UMNO/MCA/MIC tewas kebanyakan kerusi kepada DAP, GERAKAN dan PPP ketika itu. Mereka memperolehi 25 kerusi dan PAS 12 kerusi manakala Perikatan memenangi 66 kerusi sahaja ketika itu. Pada tahun 1969 masih ramai lagi orang Melayu yang miskin dan ketika itu tiada tempat untuk mereka bergantung selain daripada UMNO namun keadaan hidup zaman itu masih tidak berubah.

Jika kita ambil semula keadaan zaman itu dan bawa ke zaman sekarang kita dapati keadaan orang Melayu tidak berubah. Kini masih ramai orang Melayu yang hidupnya susah, kemiskinan menjadi masalah untuk meneruskan hidup. Beban hutang yang tinggi, kos sara hidup yang melonjak, barangan yang mahal dan pelbagai lagi masalah yang dihadapi oleh orang Melayu ketika ini. Perbezaan senario politik 1969 dan 2014 ialah jika 1969 orang Melayu tidak mempunyai tempat lain selain UMNO tetapi kini mereka mempunyai alternatif lain seperti PKR dan PAS hinggakan makin ramai orang Melayu yang menjadi ahli DAP. Mungkin tiada rusuhan kaum yang akan terjadi tetapi gelombang penolakan UMNO makin dirasai atas sebab-sebab yang disebutkan diatas.

Jadi persoalannya sejauh mana pemimpin UMNO yang bernama Najib Razak ini dapat menarik semula sokongan orang Melayu kepada UMNO? Harus diingat ada versi lain yang menyatakan tragedi 13 Mei adalah satu perancangan coup d’etat oleh Almarhum ayahandanya Tun Abd Razak terhadap Tunku Abdul Rahman. Tidak mustahil jika kini ada perancangan untuk melakukan coup d’etat terhadap Najib Razak yang dilihat sebagai seorang pemimpin yang GAGAL.

Didalam dunia politik serba serbi berkemungkinan. Sepatutnya Najib Razak melakukan transformasi terhadap dirinya dahulu dengan melepaskan jawatannya secara terhormat selepas keputusan PRU13 yang menampakan KEGAGALAN BESAR beliau sebagai Perdana Menteri. Beliau mungkin bijak mengatur perjalanan politik peribadinya tetapi dalam mengetuai kepimpinan negara dan parti jelas beliau GAGAL. Kebijaksanaannya tidak setanding Almarhum ayahandanya jauh sekali mewarisi persona ayahandanya. Amat jelas sekali beliau berusaha keras untuk mengisi ruang yang besar yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tun Razak tetapi setiap kali beliau cuba KEGAGALAN tetap menjadi keputusannya. Pelbagai isu dan masalah yang dibawa olehnya dan seringkali menjadi peluru kepada pihak pembangkang untuk menyerang. Rakyat dan penyokong UMNO mahukan seorang pemimpin yang bijak sana dan mampu memimpin sebuah parti dan kerajaan dengan cemerlang. Mengatasi dan menyelesaikan masalah rakyat dengan baik bukan seorang pemimpin yang menambahkan masalah rakyat.

Najib Razak bukan seorang pemimpin yang bila, beliau tidak mampu menyelesaikan masalah rakyat terutamanya masalah orang Melayu secara total. Makin lama beliau duduk dikerusi empuk Perdana Menteri makin Melayu dicaci dan makin ISLAM dihina. KEGAGALAN demi KEGAGALAN yang Najib Razak tempa bukan kejayaan yang beliau hidang pada rakyat. Cukup derita orang Melayu ketika ini dan Najib Razak bersama pasukan PENASIHATNYA kerap kali GAGAL mengatasi masalah orang Melayu.

NAJIB RAZAK HARUS LETAK JAWATAN!

No Responses to “UMNO perlu perubahan kepimpinan demi survival orang Melayu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s