Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu masih ketinggalan, pemimpin buta kayu.

Sudah lebih 50 tahun merdeka tetapi bangsa Melayu masih lagi ketinggalan. Kebangkitan orang Melayu pada era 80an dan 90an hanya untuk seketika itu pun kerana kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang cukup kuat semangat MELAYUnya. Namun selepas beberapa tahun beliau melepaskan jawatan Perdana Menteri, kita dapat merasai bagaimana orang Melayu terus terhimpit dan terus miskin.

Dizaman Tun Dr Mahathir Mohamad begitu banyak peluang yang dibuka untuk orang Melayu, ada yng benar-benar berjaya dan ada juga yang kurang bernasib baik namun harus diingat ketika itu peluang tetap ada untuk orang Melayu. Ketika zaman pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi pula sudah nampak bibit-bibit kejatuhan orang Melayu dek kerana golongan-golongan perompak dan penyamun mula mendapat tempat didalam lingkungan Perdana Menteri melalui kumpulan yang dikenali sebagai ‘Level 4 Boys”. Begitu banyak khazanah negara dilepaskan kepada orang luar hinggakan kedaulatan negara tergadai seperti Pulau Batu Putih ( Pedra Blanca).

Hak-hak orang Melayu makin dihakis sedikit demi sedikit dan menampakan bagaimana kronism dan nepotism berleluasa ketika itu.

Kini dizaman pentadbiran Najib Razak keadaan tidak berubah malahan makin teruk bila Perdana Menteri Najib Razak memulakan apa yang dikenali sebagai Agenda Transformasi Negara. Liberalisasi yang dilakukan seakan-akan menafikan hak orang Melayu dan peluang untuk bangsa Melayu ditutup secara total. Ketika inilah kita dapat nampak munculnya kroni kapitalis cina yang menghisap darah dan merampas khazanah negara secara terang-terangan. Pelan pembangunan Kuala Lumpur (Greater KL Project) telah memberi ruang kepada kapitalis-kapitalis cina ini meraih kekayaan diatas titisan air mata orang Melayu.
Dimanakah peluang untuk orang Melayu ketika ini? Sedikit demi sedikit hak orang Melayu dihakis melalui liberalisasi yang dilakukan. Semua ini kononnya demi menyampaikan bantuan kepada golongan sasar. Tapi apa yang kita lihat golongan sasar tetap miskin dan makin terhimpit. Mengapa ini harus terjadi? Apakah agenda sebenar Najib Razak?

Dimana lagi orang Melayu harus menagih bantuan? Cukupkah hanya dengan wang BR1M sebanyak RM600 setahun itu untuk mengubah hidup keluarga Melayu? Berbillion-billion peruntukan perniagaan kepada orang Melayu tetapi dihampakan dengan karenah birokrasi yang cukup menyusahkan. Apa guna dasar yang ditulis dikertas tetapi perlaksanaanya langsung tidak mengambarkan kesungguhan kerajaan Najib Razak ingin membantu orang Melayu.

Masyarakat Melayu masih lagi jauh ketinggalan dan perlu dibantuan. Keutamaan harus diberi kepada orang Melayu sebagai warga majoriti negara ini. Hak-hak bangsa Melayu jangan mudah dinafikan. Najib Razak harus mengotakan janjina iaitu mendengar denyut nadi rakyat. Jika beliau gagal lebih baik lepaskan jawatan sebagai presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kita harus ingat ketokohan Tun Abd. Razak tiada langsung ada pada Najib Razak. Sebagai anak bekas Perdana Menteri bukan bermakna beliau layak menduduki jawatan Perdana Menteri.

No Responses to “Melayu masih ketinggalan, pemimpin buta kayu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s