Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Melayu hanya ada Semenanjung Tanah Melayu tapi pemimpin UMNO masih buta hati.

image

Tiada lagi tempat untuk orang Melayu pergi kecuali Semenanjung Tanah Melayu ini sahaja yang ada. Tanahair warisan nenek-moyang orang Melayu yang dibangunkan sedikit demi sedikit hinggalah dijajah dan kemudian dimerdekakan. Hasil kekayaan bumi Semenanjung Tanah Melayu ini sejak sekian lama dirompak dan dicuri oleh penjajah dan pendatang. Kini apa yang tinggal untuk orang Melayu hanyalah tanahair ini tiada lagi kemewahan dan kekayaan kerana semuanya milik pendatang dan orang luar.

Melayu miskin dibumi sendiri dan UMNO kian buta hati terhadap semua ini. UMNO terlampau ghairah untuk memenangi hati bangsa pendatang iaitu cina dan India sehingga sanggup mengenepikan hak-hak orang Melayu. Perdana Menteri Najib Razak yang berasal dari keturunan Melayu, anak kepada bekas Perdana Menteri kedua negara dan juga orang besar istana kian lupa akan perjuangan memertabatkan bangsa Melayu. Melayu dibawah kepimpinannya kian suram dan tidak bermaya. Melayu dibawahnya kian berpecah-belah dan bercakaran antara satu sama lain. Najib Razak pemimpin tertinggi parti Melayu GAGAL MENYATUKAN ORANG MELAYU. Tiada alasan lagi untuk Najib Razak terus memimpin parti Melayu ini.

Kegagalan Najib Razak cukup jelas, perjuangan memertabatkan bangsa Melayu dari sudut ekonomi amat mengecewakan. Keghairahannya untuk memenangi hati kaum bukan Melayu terutamanya kaum cina amat jelas hingga Melayu dinafikan hak-hak mereka. Melayu makin miskin dibumi sendiri tetapi tidak diperdulikan langsung oleh Najib Razak. Adakah kita akan terus menderita dibawah kepimpinannya? Mahukah kita terus dihimpit dengan pelbagai kepayahan dibawah kepimpinannya? Dasar-dasar yang dibentangkan hanyalah dasar-dasar yang ditulis diatas kertas, pendek kata sekadar bercakap sahaja. Perlaksanaannya tidak langsung menampakan kesungguhan untuk memajukan bangsa Melayu.

Memang jelas Melayu makin miskin ditanahair sendiri. Kita perlukan seorang pemimpin yang mampu menyatukan bangsa Melayu dan memperjuangan Melayu sebagai satu bangsa yang dihormati dan mempunyai keupayaan sendiri ditanahair kita sendiri. Najib Razak bukanlah pemimpin yang layak untuk diletakan ditempat sekarang. Kegagalan demi kegagalan dicipta dan terus menerus disenyapkan. Melayu dibutakan dengan angan-angan bahawa UMNO dibawah kepimpinannya telah berjaya mengangkat martabat bangsa. Sedarlah kini makin ramai orang Melayu berada dibawah paras kemiskinan. Miskin bandar dan juga miskin desa tiada bezanya. Yang dikota tetap tidak berubah keadaan hidupnya dan yang didesa makin parah hidupnya.

Apa kejayaan yang dibawa oleha Najib Razak? Janganlah kita buta dengan apa yang telah berlaku. Melayu sepatutnya bangkit menyatakan tentangan terhadap Najib Razak. GAGAL TETAP GAGAL, MELAYU MEREMPAT DIBUMI SENDIRI DAN UMNO KIAN BUTA HATI.

No Responses to “Melayu hanya ada Semenanjung Tanah Melayu tapi pemimpin UMNO masih buta hati.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s