Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Transformasi UMNO, benarkah memberi kelebihan pada orang Melayu?

Sejak Najib Razak menjadi Perdana Menteri dan presiden UMNO selepas mengambil alih dari Tun Abdullah Hj Ahmad Badawi, beliau telah membawa satu dasar transformasi. Transformasi kerajaan dan transformasi parti tetapi apa kelebihan transformasi yang dibawa oleh Najib Razak kepada orang Melayu? Dari sudut ekonomi, sosial dan juga politik. Perkara pertama dalam agenda transformasinya ialah memansuhkan akta ISA dan akta polis. Sehingga kita kita nampak hasilnya.

Hasil dari agenda transformasi Najib Razak dengan memansuhkan akta ISA dan akta polis ialah makin banyak penghinaan terhadap ISLAM dan orang Melayu. Hak-hak orang Melayu dipersoalkan, ISLAM dihina apa yang dapat menghalang mereka dari terus mempersoalkan hak Melayu ISLAM? Inilah hasil utama agenda transfomasi Najib Razak keatasa orang Melayu ISLAM. Itu belum lagi transformasi dalam bidang ekonomi. Secara perlahan-lahan kita nampak Najib Razak meliberalisasikan sektor-sektor ekonomi dan dengan ini impaknya terhadap orang Melayu amat besar.

Orang Melayu masih lagi didalam kelompok yang memerlukan bantuan dan dorongan dalam bidanf ekonomi dan jika Najib Razak meliberalisasikan sektor ekonomi umpamanya menolak ketepi tanggungjawab beliau selaku Perdana Menteri dan presiden UMNO untuk memperjuangkan agenda Melayu. Masih ramai lagi orang Melayu yang dibawah paras kemiskinan dan masih ramai lagi graduan-graduan Melayu ISLAM yang perlu diberi peluang yang luas untuk bersaing. Dimana keperihatinan Najib Razak terhadap bangsanya sendiri?

Apa yang kita nampak jelas Najib Razak lebih mengutamakan bangsa cina dari bangsa Melayu. Projek-projek berskala besar dianugerahkan kepada cina dan membuka peluang perlaburan yang luas kepada Negara China. Apa agenda Najib Razak untuk orang Melayu dalam sektor ekonomi? Kita nampak pemimpin-pemimpin UMNO makin hari makin kaya raya. Mengapa hanya politikus sahaja yang diberi keutamaan? Mengapa tidak rakyat marhaen berbangsa Melayu? Kita tidak mahu lagi dibutakan dengan angka-angka yang sukar difahami oleh rakyat jelata. Kita mahukan satu tindakan yang pro aktif untuk membantu orang Melayu dari setiap sektor. Tumpukan perhatian terhadap orang Melayu bukan pada kapitalis cina.

Mampu atau tidak Najib Razak melakukannya? Oranf Melayu mahu kerajaan bantua bangsa Melayu kerana ini tanah asal orang Melayu, tiada tempat lain lagi selain Semenanjung Tanag Melayu ini. Sukarkah untuk Najib Razak DENGAR DENYUT NADI BANGSA MELAYU? Jika benar sukar, SILALAH BERI LALUAN KEPADA ORANG LAIN MEMIMPIN UMNO DAN BERJUANG UNTUK BANGSA MELAYU.

No Responses to “Transformasi UMNO, benarkah memberi kelebihan pada orang Melayu?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s