Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bila ada kuasa tapi Melayu masih tidak kemana.

Bangsa Melayu masih memegang tampuk kuasa tapi mengapa kedudukan Melayu masih lagi tidak berubah? Adakah kerana kelemahan kepimpinan Melayu ataupun tiada ruang untuk orang Melayu mendapat tempat dalam usaha meningkatkan kuasa ekonomi bangsa sendiri? Kita nampak seakan-akan kerajaan pimpinan Melayu ini cuba melepaskan tanggungjawab untuk membantu orang Melayu dengan menyatakan orang Melayu harus bersaing untuk menjamin masa depan yang cerah. Persoalannya jika mahu oranf Melayu bersaing seharusnya kerajaan memberi ruang yang luas untuk orang Melayu tetapi perkara ini tidak terjadi.

Bangsa bukan Melayu terutamanya cina sudah jauh meninggalkan orang Melayu bukan kerana mereka rajin tetapi kerana mereka telah bermula jauh lebih awal dari bangsa Melayu. Sejak sebelum merdeka lagi mereka sudah mengukuhkan kedudukan mereka dalam sektor ekonomi. Adalah tidak masuk akal bila kerajaan pimpinan Melayu ini terus memutuskan tidak mahu memberi ruang kepada orang Melayu tetapi menyarakan supaya orang Melayu bangkit bersaing. Sudahlah hak-hak orang Melayu ditarik sedikit demi sedikit seperti tanah rizab Melayu, kouta pendidikan dan lain-lain bantuan kini mereka mahu meletakan orang Melayu didalam kandang yang sama untuk merebut secebit daging yang ditawarkan.

Apa gunanya kita ada kepimpinan Melayu bila nasib bangsa tidak terbela? Apa guna kita ada kuasa bilamana apa yang sepatutnya kita perjuangkan tidak langsung menjadi keutamaan? Melayu kian terhimpit bukan kerana bangsa lain, Melayu terhimpit dek kerana pemimpin Melayu sendiri yang menghimpit bangsanya. Orang Melayu dibutakan mata mereka dengan sesuatu yang hanya mereka yang berkepentingan sahaja diberi keutamaan. Rakyat biasa terus diperbodoh-bodohkan oleh mereka.

Dengan memberi BR1M kepimpinan Melayu mendabik dada mengatakan mereka membantu meringankan beban rakyat terutamanya orang Melayu, adakah RM600 ini nilai maruah bangsa Melayu? Dengan RM600 sahaja orang Melayu mampu meningkatkan ekonomi mereka? Mana peluang pekerjaan bagi mereka? Mana peluang perniagaan bagi mereka? Mana kedudukan keistimewaan mereka seperti didalam perlembagaan negara? Adakah pemimpin UMNO sudah lupa atau mereka sudah tidak peduli kerana mereka sudah kaya-raya selepas menduduki kerusi empuk kuasa politik?

Kembalikan maruah bangsa dan kembalikan martabat Melayu bukan asyik menjadi alat kepada kapitalis cina….

No Responses to “Bila ada kuasa tapi Melayu masih tidak kemana.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s