Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kuasa politik orang Melayu akhirnya dikhianati oleh bangsanya sendiri.

Yang tinggal pada orang Melayu hanyalah kuasa politik tetapi amat malang sekali kuasa yang ada dikhianati oleh bangsa Melayu sendiri. Makin hari makin berpecah kesatuan Melayu. Bangsa Melayu acapkali dihina dan dicaci namun tiada siapa yang berani mempertahankan maruah bangsa. Sehinggakan kepimpinan tertinggi yang memikul amanah untuk mempertahankan bangsa tidak mampu berbuat apa-apa. Adakah ini petanda yang menjadi kenyataan bahawa orang Melayu akan kehilangan tanahairnya sendiri?

Kepimpinan Najib Razak amat lemah dalam mempertahankan maruah bangsa apatah lagi dalam menaikan kedudukan ekonomi orang Melayu. Dalam keghairahannya mengejar negara berpendapatan tinggi dia lupa akan nasib bangsanya sendiri. Menjadi presiden parti Melayu UMNO dia gagal dalam menjamin kedudukan orang Melayu seperti mana yang dilakukan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dahulu. Dia juga gagal mempertahankan perpaduan antara kaum dinegara ini yang menampakan persengketaan antara kaum makin jelas. Kegagalan Najib Razak amat jelas. Orang Melayu tidak lagi mahu mendekati UMNO kerana mereka sedar bahawa tiada gunanya bernaung dibawah parti Melayu tetapi gagal merealisasikan agenda Melayu.

Bukan hanya maruah bangsa yang gagal dipertahankan malahan maruah ISLAM juga Najib Razak gagal untuk pertahankan. Setiap hari ada saja cacian dan hinaan dari kaum bukan ISLAM terhadap agama suci ALLAH swt. Apa tindakan yang mampu Najib Razak ambil? Beribu laporan polis dilakukan namun tiada satu pun yang dikenakan tindakan kerana menghina Melayu dan ISLAM. Tidakah ini menunjukan bahawa Najib Razak seorang pemimpin yang lemah? Gagasan 1Malaysia yang dilaung-laungkan selama ini gagal dengan jayanya sekali. Satu gagasan yang tidak mampu merapatkan hubungan antara kaum. Kini tiada lagi berkumandang laungan 1Malaysia seperti sebelum PRU13. Mengapa? Kerana ianya satu gagasan yang gagal.

Apa yang mahu kita tunggu lagi bila sudah pelbagai bukti menunjukan Najib Razak gagal sebagai Perdana Menteri sekaligus gagal sebagai presiden parti Melayu UMNO. Orang Melayu makin dihimpit kepayahan, oranf Melayu makin miskin, orang Melayu makin ketinggalan dan apa yang Najib Razak lakukan untuk perbetulkan ini semua? Kita akui Najib Razak bijak berpolitik, namun kebijaksanaan dia hanyalah sekadar menaiki tangga kepimpinan bukan bijaksana dalam mentadbir sebuah negara. Apatah lagi dalam memperjuangkan nasib untung bangsa Melayu.

Kita mahukan seorang pemimpin Melayu yang mampu memertabatkan maruah bangsa dan mendaulatkan ISLAM secara praktikal bukan hanya retorik dipentas ucapan. Ayuhlah bangsa Melayu kita bangkit bagi menentukan masa depan bangsa Melayu dan ISLAM dengan meletakan seorang pemimpin yang mampu melakukannya. Najib Razak telah gagal sama sekali….

No Responses to “Kuasa politik orang Melayu akhirnya dikhianati oleh bangsanya sendiri.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s