Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kg. Chubadak bukti orang Melayu tiada tempat dimata pemimpin UMNO.

image

Jika kita perhatikan kemelut Kg Chubadak sudah pasti kita akan terfikir dimanakah menteri Wilayah Persekutuan? Adakah beliau tidak peka akan isu Kg Chubadak ini? Masih lagikah kita ingat kisah kuil yang hendak dirobohkan tempoh hari? Kita saksikan beria-ria menteri Wilayah Persekutuan ini turun padang memberi penjelasan demi menyelamatkan keadaan. Tetapi malangnya dengan isu Kg Chubadak ini tidak langsung kelihatan usaha menteri Wilayah Persekutuan untuk turun padang dan cuba menyelesaikan keadaan. Apatah lagi sang Perdana Menteri, langsung tiada bergerak jarinya untuk menyelamatkan orang Melayu.

Seperti posting-posting saya yang sebelum ini saya membuktikan bagaimana kerajaan pimpinan Najib Razak secara terang dan sedar menafikan hak oranf Melayu. Saya bukan pembangkang atau ahli PR, saya ahli tegar UMNO sejak 23 tahun lepas dan tidak mungkin saya menyeberang ke PR. Namun saya mengkritik kerana saya dapat saksikan bagaimana hak kita sebagai orang Melayu dinafikan secara terang-terangan oleh kepimpinan Najib Razak. Sampai bila kita harus berdiam diri dengan kerakusan pemimpin parti Melayu UMNO ini? Sudahkah kita hilang semangat perjuangan Melayu kita?

Kg Chubadak sebagai bukti kukuh bahawa selagi adanya kepimpinan Najib Razak didalam UMNO selagi itu hak-hak orang Melayu dihakis perlahan-lahan tanpa kita sedari, bukan oleh DAP atau PKR tetapi oleh parti Melayu UMNO pimpinan Najib Razak. Saya seru rakan-rakan didalam parti UMNO untuk sama-sama bangkit untuk menentang kemungkaran yang dilakukan oleh kepimpinan Najib Razak. Kita pastikan nasib orang Melayu terbela oleh pemimpin yang mempunyai semangat Melayu yang tinggi.

Kita sudah beri peluang kepada Najib Razak tetapi malangnya Najib Razak bukan seorang pemimpin yang bersemangat Melayu yang tinggi. Tiada simpati buat orang-orang Melayu Kg Chubadak dimata Najib Razak, tiada langsung ruang untuk orang Melayu dimata Najib Razak. Alasan yang kerap dia beri jika ditanya mengapa tiada lagi perjuangan agenda Melayu, jawapannya sudah pasti kerana UMNO/BN tiada 2/3 majoriti diparlimen. Mana mungkin UMNO/BN mendapat 2/3majoriti jika dia sendiri gagal memperjuangkan hak orang Melayu? Jangan mendabik dada yang UMNO meningkat kerusinya didalam parlimen kerana ianya bukan bukti sokongan tetapi kerana pengundi tiada pilihan lain.

Najib Razak harus bertanggungjawab dan melepaskan jawatanya jika Kg Chubadak tidak dapat diselamatkan. NAJIB RAZAK ANDA TELAH GAGAL MEMPERJUANGKAN HAK ORANG MELAYU, HAK ORANG MELAYU YANG MENYOKONG ANDA….ANDA PENGKHIANAT BANGSA!!

Advertisements

5 Responses to “Kg. Chubadak bukti orang Melayu tiada tempat dimata pemimpin UMNO.”

  1. Itulah kenyataan sebenar hari ini. Kepentingan Melayu tidak lagi diambil berat oleh pemimpin UMNO. Najib Razak kelihatan moyok, penat dan lesu. Tidak ada kekuatan lagi untuk membela Melayu
    .
    Sudah tibanya masanya dia pencen dari jawatan PM. Itulah bakti terbesar yang boleh dilakukannya terhadap umat Melayu Islam.
    Orang Melayu pula bergerak pantas bersatu melalui wadah baru untuk menyelamatkan generasi akan datang di bumi kita sendiri. Sudah tentu bukan melalui UMNO!
    Kalau orang Cina dalam sekelip mata boleh menggerakkan 95% orang orang mereka menyokong DAP dalam PRU ke 13, kenapa kita tidak boleh berbuat demikian?
    Survival orang Melayu bukan di tangan UMNO dan Najib tetapi di bahu sekelian umat Melayu Islam dengan izin Allah swt!

  2. Mana wakil rakyat kawasan sana….bodoh tk buat kerja ke

  3. Itulah masalah sekarang! Orang Melayu mengundi Umno kerana mereka berpendapat hanyalah Umno memperjuangkan kepentingan dan juga menjaga hak Melayu. Tapi sebaliknya Melayu diabaikan. Di Malaysia orang India jika kita kirakan disetiap tempat DUN dan Parlimen tidak mungkin dapat orang India menjadi wakil rakyat.
    Cuba kita lihat kes kuil hindu di KL. Ia dibina secara haram. Tapi apabila hendak dialihkan sedikit, satu negara bising dan Kerajaan BN terpaksa mengalah kerana PR telah menjadikan ia satu isu politik.
    Satu lagi isu ialah RUU yang dicadangkan. Nampaknya sekali lagi kepentingan dan hak melayu serta agama islam diketepikan. Mengapa? Kerana hendak menarik orang bukan melayu menyokong BN. Adakah dengan memansuhkan ISA orang ini menyokong BN? Tidak. Orang orang ini lagi lantang hendak menumbangkan BN. Bak kata pepatah DIBERI BETIH HENDAKKAN PEHA. DIBERI PEHA DIROGOLNYA KITA.
    Bagitulah nasib orang Melayu semenjak berpecah jadi 3 – Penyokong Unmo, Pas fan juga Pas. Yang untung ialah Cina dan India.
    Wahai orang Melayu sedarlah sebelum terlambat!

  4. Pemimpin UMNO kini hanya pentingkan diri, sedangkan nasib bangsa sendiri diabaikan. Oleh itu dalam pemilihan UMNO tahun 2016 nanti, rombakan besar-besaran kepimpinan UMNO perlu diadakan sebaga langkah transformasi untuk memperkasakan UMNO.
    Tak ada gunanya jika ada pemimpin yang laungkan nak buat transformasi itu dan ini, tapi hakikatnya itu semua kosmetik lakonan untuk meraih undi sahajalah.
    Pemilihan UMNO tahun 2016
    Presiden : Yang Amat Mulia Tengku Razaliegh Hamzah
    Timbalan Presiden : Y.B. Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
    Naib Presiden : Y.B. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
    Y.B. Datuk Razali bin Ibrahim
    Y.B. Datuk Seri Mukhriz Tun Dr. Mahathir
    Ketua Pemuda: En. Akhramsyah bin Sanusi
    Inilah kepimpinan yang perlu dipilih untuk pemilihan UMNO tahun 2016, marilah semua para blogger pro-UMNO sekalian untuk mula berkempen bagi senarai nama di atas untuk memenangi pemilihan UMNO tahun 2016 kelak.
    UMNO perlu transformsi kepimpinan atasan untuk memastikan agenda pembangunan negara selaras dengan kebajikan bumiputera. Kita perlukan kepimpinan muda yang konsisten dengan perjuangan bangsa dalam masa memperkasakan keharmonian negara dengan kerjasama dengan kaum-kaum lain.
    Sekian, terima kasih.

  5. Kerajaan Pulau Pinang dengan sedikit kuasa dan wang yang ada, dah macam-macam dia buat bantu orang Cina.
    Selagi kita jadi kerajaan, selagi tu kita ada kuasa untuk bantu anak bangsa. Tak timbul soal kerajaan lemah atau tidak.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s