Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO tidak mampu untuk mengembalikan Tanah Rizab Melayu.

image

Berdasarkan perlembagaan hak-hak orang Melayu, orang Asli dan Pribumi Sabah dan Sarawak amat penting dan tidak ada kompromi berkaitan ini. Hak-hak orang Melayu, orang Asli dan Pribumi Sabag dan Sarawak termasuklah hak tanah rizab Melayu dan tanah-tanah adat bagi orang Asli dan Pribumi. Tiada ruang untuk kompromi tentang isu tanah.

Ini amat jelas sekali dalam perlembagaan namun adakah UMNO mampu mempertahankan hak-hak tanah rizab Melayu ini dari terus dirogol oleh kapitalis-kapitalis cina? Kita sedar begitu banyak kawasan tanah rizab Melayu terletak dikawasan-kawasan nilai tinggi (prime area) namun dimanakah kawasan hak milik Melayu ini? Mengapa kerajaan pimpinan UMNO menolak orang-orang Melayu keluar dari kawasan ini dengan alasan untuk dibangunkan? Dimanakah gantian untuk tanah-tanah rizab Melayu bernilai tinggi ini digantikan? Adakah sama nilai dengan tanah asal?

Alasan untuk memberi ruang kepada pembangunan bukan satu alasan yang menghalalkan pihak kerajaan pimpinan UMNO untuk menyerahkan kawasan tanah rizab orang Melayu yang bernilai tinggi kepada kapitalis cina. Ada pelbagai cara lain yang boleh dilakukan untuk melibatkan orang-orang Melayu dalam sektor ekonomi dan meningkatkan penguasaan orang Melayu dalam peratusan ekonomi negara. Malangnya kerajaan pimpinan UMNO lebih rela menjual tanah rizab ini untuk mendapatkan untung yang tak seberapa, realitinya orang Melayu makin hilang tanah dan makin miskin.

Sekali saya katakan UMNO tidak mampu untuk mempertahankan orang Melayu selagi kepimpinan yang ada lupa asas perjuangan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini. Sedarlah wahai bangsaku, kita bukan diserang oleh orang asing tetapu kita dibutakan oleh kepimpinan Melayu sendiri.

No Responses to “UMNO tidak mampu untuk mengembalikan Tanah Rizab Melayu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s