Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO kian jauh dari perjuangan Melayu.

Sudah sekian lama saya tidak menulis blog, bukan kerana apa hanya untuk berehat seketika dari menulis. Tapi hari ini saya akan cuba menulis sekerap yang mungkin terutamanya berkaitan tentang orang Melayu.

Sejak kebelakangan ini pelbagai isu berkaitan orang Melayu cukup hangat diperkatakan. Isu calon Melayu DAP, isu pegangan ekuiti Melayu, isu ISLAM, isu ekonomi orang Melayu dan pelbagai lagi isu yang dibangkitkan. Persoalannya ialah ‘DIMANA UMNO?’ Parti siasah orang Melayu yang sepatutnya kehadapan untuk membela bangsa Melayu dan ISLAM dilihat sepi. Apa yang UMNO lakukan untuk memperjuangkan nasib untung bangsa Melayu? Dimanakah lagi bangsa Melayu harus bergantung? Adakah UMNO sudah tidak lagi mahu memperjuangkan Melayu?

Najib Razak selaku Perdana Menteri dan presiden  UMNO nampak seakan tidak lagi mahu mengekalkan perjuangan agama bangsa dalam UMNO. Dalam keghairahan beliau untuk mengejar negara berpendapatan tinggi, nasib bangsa Melayu seakan tidak mahu dititikberatkan. Bangsa Melayu diletakan disekitar pinggiran bandar, bangsa Melayu tidak lagi mendapat tempat seperti yang sepatutnya, tanah-tanah rizab Melayu makin hari makin hilang, keutamaan terhadap pelajar-pelajar cemerlang Melayu sudah diketepikan dan peluang-peluang perniagaan untuk Melayu makin kecil. Apa sebenarnya agenda Najib Razak sebenarnya?

Sampai bila kita sebagai anak Melayu terpaksa hadap dengan karenah kepimpinan parti Melayu yang hanya pandai beretorik dipentas tetapi tidak melaksanakan amanah memperjuangkan bangsa Melayu? Adakah benar bak kata Tun Dr Mahathir Mohamad yang ‘Melayu Mudah Lupa’?

Saya akan terus menulis didalam blog ini apa yang berkaitan dengan bangsa Melayu. Suka atau tidak kita terpaksa hadapi dimana UMNO makin jauh dari perjuangan AGAMA DAN BANGSA.

No Responses to “UMNO kian jauh dari perjuangan Melayu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s