Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Yang diamanahkan tidak amanah, UMNO juga yang dicaci.

image

Banyak kedengaran rungutan dan perasaan marah mangsa banjir yang ditempatkan dipusat pemindahan banjir. Marah bukan sebab bekalan tidak cukup tapi marah kerana tidak dapat apa yang sepatutnya mereka dapat.

Jika ditanya mereka boleh akui bekalan cukup banyak malahan ada disetengah-setengah tempat begitu mewah tetapi hanya mewah didalam stor simpanan sahaja. Puncanya datang dari mereka-mereka yang dipertanggungjawabkan untuk menguruskan pusat-pusat pemindahan ini.

Apa perlu mereka menyimpan bekalan atau mencatu bekalan sedangkan mereka tahu bantuan bekalan datang bertali arus. Bayangkan satu keluarga mangsa mempunyai 5 orang anak hanya diberikan sehelai selimut. Inilah sikap pengurus-pengurus pusat pemindahan banjir yang langsung tidak berhati perut.

Kebanyakan mereka-mereka ini adalah pengerusi JKKK atau lebih dikenali sebagai Tok 4. Bukan setakat mencatu bekalan yang berlambak-lambak bahkan mereka hanya mementingkan kaum kerabat mereka sahaja. Adakah ini yang kita mahu lihat? Ketua kampung yang tidak amanah?

Lebih memburukan keadaan mereka-mereka inilah yang menjadi punca masyarakat  MEMBENCI PADA UMNO kerana kebanyakan mereka ini adalah penyokong UMNO. Pelbagai tomahan dilontarkan kepada UMNO kerana ketua-ketua kampung yang tidak amanah ini. Mereka ini langsung tidak membantu untuk melawab persepsi buruk terhadap UMNO yang dilemparkan oleh pembangkang malahan mereka ini jugalah punca yang menyebabkan UMNO dicaci dan ditolak.

UMNO sajalah yang bertungkus lumus membantu mangsa banjir tetapi terima kasih kepada ketua-ketua kampung HARAMJADAH ini habis semua usaha UMNO tidak dihiraukan lagi.

Tiada makna untuk UMNO jika kelompok ketua-ketua kampung yang tidak amanah ini terus diberi perhatian. Mereka ini adalah api dalam sekam. Menyusahkan rakyat dan yang mendapat nama busuk adalah UMNO.
Fikirkanlah cara terbaik atau kaedah terbaik untuk memastikan ketua-ketua kampung HARAMJADAH ini tidak lagi menyusahkan rakyat dan merosakan nama UMNO.

Advertisements

No Responses to “Yang diamanahkan tidak amanah, UMNO juga yang dicaci.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s