Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Hilangnya taring UMNO umpama harimau tua.

image

Sejak kebelakangan ini serangan bertubi-tubi dihalakan ke UMNO pimpinan Najib Razak. Pelbagai isu dan nampak jelas UMNO tidak mampu mempertahankan serangan tersebut.

Sebagai kerajaan memerintah dan parti paling dominan didalam kerajaan sepatutnya Najib Razak mampu melakukan sesuatu demi kepentingan rakyat namun kegagalan beliau melakukannya jelas menunjukan kelemahan dalam pimpinannya.

UMNO yang sepatutnya menjadi tulang belakang kerajaan memerintah seakan tidak menghiraukan rintihan rakyat dengan bebanan kos sara hidup yang meningkat. Najib Razak sebagai perdana menteri juga gagal mendengar denyut nadi rakyat. Sampai bila kita harus mempertahankan UMNO jika Najib Razak sendiri gagal mempertahankannya?

Dalam situasi sebegini yang menanggung segalanya adalah UMNO dan ahli UMNO bawahan yang terpaksa berdepan dengan masyarakat saban hari. Yang menerima cacian dan kejian adalah kami ahli-ahli UMNO bawahan ini bukannya pemimpin. Dimanakah pemimpin-pemimpin UMNO yang kononnya wira bangsa? Tak kan hanya bersuara lantang dipentas PAU sahaja? Cakap berdekah-dekah tetapu hanya sampai disitu sahaja. Saban tahun perkara sama diusulkan namun tiada sebarang perubahan.

Kita ahli-ahli UMNO bawahan ini gigih mempertahankan UMNO namun pemimpin-pemimpin UMNO bagaikan hilang telurnya. Najib Razak pula bagai tidak hiraukan apa-apa. Penat, letih dan bosan berada dibawah kepimpinan Najib Razak, apa yang tinggal hanyalah kesetiaan pada UMNO bukan Najib B Razak.

UMNO dibawah presiden Najib Razak bagai harimau tua tanpa gigi, lesu dan hanya menunggu mati….

Advertisements

No Responses to “Hilangnya taring UMNO umpama harimau tua.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s