Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bukti PKR dan pemimpin mereka yang tidak hiraukan rakyat!

“Saya ada wakil rakyat dan Exco yang mengendalikan bantuan kepada mangsa dan saya sentiasa berhubung dengan mereka.

“Jadi, tidak perlu saya turun padang kerana ia membazirkan masa saya.

“Jika saya datang melawat, saya terpaksa membawa bersama 15 hingga 20 orang saya dan ini akan melibatkan kos kewangan,” – Kenyataan MB Selangor Khalid Ibrahim 6 September 2008

Ini yang diluahkan oleh MB negeri berkebajikan Selangor bila ditanya tentang bantuan mangsa banjir.

image

Kejadian banjir di Klang pada 1 September 2008 tetapi bantuan yang datang hanya pada 6 September 2008. Hampir seminggu mangsa terpaksa bergelumang dengan air banjir barulah kerajaan negeri Selangor menghulurkan bantuan. Itupun kenyataan Menteri Besarnya cukup angkuh dan bongkak.

Saya membuka semula sejarah lama kerana hendak membuktikan bahawa PKR hanya bercakap kosong. Kejadian banjir di Kuantan baru-baru ini kecoh dengan rungutan dan kutukan dari PKR menyatakan kerajaan negeri lambat menghulurkan bantuan.

Banjir diKuantan kerajaan negeri dan agensi-agensi berkaitan hanya mengambil 24 jam selepas kejadian untuk menghulurkan bantuan awal.

Penipuan demi penipuan yang dilakukan oleh PKR dan wakil-wakil rakyat mereka terhadap kerajaan negeri Pahang walhal mereka lupa bahawa kerajaan pimpinan mereka GAGAL MENJALANKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MENGHULURKAN BANTUAN AWAL.

Saya berani menyatakan disini bahawa pada hari pertama kejadian TIADA LANGSUNG JENTERA PKR MAHUPUN PAS membantu dalam operasi menyelamat. Hanya UMNO, BOMBA dan JPAM berusaha menyelamatkan mangsa-mangsa yang terperangkap. Bagi UMNO Bahagian Kuantan mereka telah membuka Bilik Gerakan Banjir pada hari pertama kejadian bagi menyelaraskan bantuan awal. Untuk makluman TIADA USAHA DARI AHLI PARLIMEN PKR DAN ADUN-ADUN PAS SERTA PKR membuka bilik gerakan banjir.

Mereka hanya muncul setelah mangsa semua selamat ditempatkan di pusat-pusat pemindahan. Bagi Fuziah Salleh dia hanya muncul pada hari kedua dan itupun hanya sekejap sahaja.

Apa lagi bukti yang kita mahu untuk menunjukan bahawa PKR hanya omong kosong. Cukup jelas mereka kerap mempolitikan situasi dan menyalahkan UMNO dan Barisan Nasional.

No Responses to “Bukti PKR dan pemimpin mereka yang tidak hiraukan rakyat!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s