Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kebodohan Fuziah Salleh terserlah diparlimen.

image

Ahli Parlimen PKR Kuantan sekali lagi menayangkan KEBODOHAN dia diparlimen bila mendesak kerajaan mengumumkan darurat ketika banjir diKuantan. Sebenarnya kita dapat lihat bahawa Fuziah Salleh TIDAK PERNAH BUAT HOMEWORK sebelum membentangkan sesuatu isu diparlimen.

Dia mintak kerajaan umum darurat tapi dia tidak tahu yang Majlis Keselamatan Negara (MKN) sudah ada Arahan no.20 MKN.

image

Apa dia ARAHAN No.20 MKN? Baca dibawah ini:

Tujuan Arahan MKN No. 20

-Tujuan Arahan MKN No. 20 ialah untuk menggariskan satu Dasar Pengurusan Dan Bantuan Bencana di Darat mengikut tahap bencana dan mewujudkan satu mekanisme pengurusan yang menentukan peranan serta tanggungjawab agensi-agensi yang terlibat semasa bertindak menangani sesuatu bencana yang berlaku.

-Tindakan menjadi lebih kemas, terselaras dan teratur

-Mengelakkan pembaziran, kekeliruan, konflik dan  percanggahan

Peranan MKN

-Khidmat keurusetiaan kepada jawatankuasa

-Memantau amalan serta pelaksanaan dasara dan mekanisme pengurusan bencana berjalan lancar

-Post-mortemĀ bencana diadakanMenggerakkan SMART untuk operasi mencari dan menyelamat

-Menyelaras pengendalian latihamal pengurusan bencana dan mencari dan menyelamat

-Mengawasi langkah pencegahan dan kawalan bencana dijalankan

-Merancang dan menyelaras serta mengawasi strategi kependidikan, latihan dan pencegahan kepada pegawai-pegawai dan anggota-anggota Jabatan Kerajaan, masyarakat dan Badan-badan Bukan Kerajaan dalam menghadapi dan mencegah bencana

-Memberi nasihat kepada Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana apabila diminta ke arah kelancaran pengendalian serta pengurusan suatu bencana

-Hari Kesedaran Bencana: Pengurusan Bencana Tanggungjawab Bersama

Kejadian-Kejadian Bencana

-Bencana Alam – banjir, kemarau, tanah runtuh, ribut

-Bencana Industri – letupan, kebakaran, pencemaran dan kebocoran

-Kemalangan yang melibatkan pengangkutan, penyaluran dan pemindahan bahan-bahan berbahaya.

-Keruntuhan bangunan tinggi dan struktur khas.

-Kemalangan udara di kawasan binaan dan orang ramai.

-Pelanggaran atau kegelinciran keretapi.Kebakaran yang melibatkan kawasan yang luas atau kebakaran bangunan tinggi atau struktur khas yang mempunyai orang ramai.

-Kepecahan empangan hidro atau takungan air (reservoir).Kemalangan nuklear atau radiologi.

-Kejadian pelepasan gas beracun di tempat awam.

-Kejadian jerebu – serantau dan tempatan

Bencana Udara

Bencana udara yang melibatkan kapal terbang yang jatuh di gunung, di hutan dan di laut ditangani oleh Jabatan Penerbangan Awam (DCA). Namun begitu, bencana udara yang melibatkan kawasan berpendudukan tertakluk di bawah Arahan MKN No. 20 ini.

Bencana Laut

Bencana laut dikendalikan oleh Jabatan Laut. (Namun pada 13 Ogos 2008 Kabinet bersetuju bahawa Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, APMM akan mengambil tugas daripada Jabatan Laut.)

Kejadian-kejadian Bukan Bencana

-Kejadian kemalangan yang bersifat kecemasan seperti kemalangan kenderaan, kebakaran kecil, kemalangan di tasik atau sungai.

-Kejadian-kejadian ini dapat dikendali dalam masa yang singkat oleh agensi-agensi berkaitan dengan menggunakan sumber yang minima di peringkat tempatan.

Apa perlu Fuziah beria-ria desak kerajaan umumkan darurat sedangkan jika berlaku sebarang musibah secara otomatis MKN akan mengaktifkan Arahan No.20 MKN. Sudah cukup bukti untuk kita menunjukan bahawa Fuziah Salleh TIDAK TAHU APA YANG DIA BUAT.

Sebenarnya Fuziah cuba mencari alasan agar tidak turun ke Kuantan dan berdepan dengan rakyat yang dalam kesusahan.

FUZIAH KERAP KALI MEMBOHONG KEPADA PENGUNDI KUANTAN.

No Responses to “Kebodohan Fuziah Salleh terserlah diparlimen.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s