Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sukan Paintball dan Airsoft mangsa keadaan.

image

Keputusan pihak PDRM mengarahkan semua peralatan sukan extreme Paintball dan Airsoft sebenarnya merugikan negara kerana sukan extreme ini kian hari kian mendapat tempat diserata dunia.

(Klik disini http://m.malaysiakini.com/news/247532 )

Sukan extreme Paintball dan Airsoft sepatutnya diberi pengikhtirafan dan diberi tempat sejajar dengan pembangunan generasi muda yang mahukan cabaran. Sukan extreme sebegini sebenarnya mampu membentuk siasah diri orang-orang muda dan dalam masa yang sama memperkukuhkan semangat patriotik setiap individu.

Alangkah moleknya jika pihak PDRM dan kerajaan mempermudahkan syarat untuk memiliki dan menyimpan peralatan sukan extreme paintball dan airsoft ini. Dalam masa yang sama dengan memudahkan syarat ianya dapat membendung kegiatan penyeludupan yang mengakibatkan kerugian kepada negara. Sukan extreme seperti paintball dan airsoft ini adalah sejenis sukan yang mampu menarik penyertaan pengamal sukan extreme seluruh dunia dan ianya juga bakal menjana ekonomi negara.

Berdasarkan pada bentuk muka bumi negara kedua-dua sukan extreme ini bakal menjadi daya penarik pelancong serta pengamal-pengamal sukan extreme yang dahagakan cabaran yang tinggi. Kementerian Belia dan Sukan harus memainkan peranan untuk mengalakan sukan extreme paintball dan airsoft ini.

Untuk mengelakan dari salahguna peralatan sukan extreme ini pihak PDRM dan Kementerian Dalam Negeri perlu melakarkan satu mekanisma yang terbaik tanya menyulitkan individu atau pengamal sukan extreme paintball dan airsoft ini. Kita sedar niat PDRM baik untuk memastikan tiada penyalahgunaan peralatan yang menyerupai senjatapi ini namun tidak adil bagi pengamal-pengamal sukan extreme ini yang terpaksa menanggung kesulitan hanya kerana tindakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.

Jika soal bahaya diketengahkan kita harus melihat melalui perspektif yang lebih luas, banyak peralatan sukan yang merbahaya dan boleh disalahgunakan. Jadi dari aspek keselamatan pihak PDRM hanya perlu menjelaskan garis panduan keselamatan yang mengikut undang-undang.

Banyak kebaikan jika pihak PDRM dapat mempermudahkan syarat pemilikan dan membawa peralatan sukan extreme paintball dan airsoft ini. Saya rasa jika kita mahu majukan negara dan mempunya masyarakat yang mempunyai sikap displin yang tinggi kita harus memberi ruang kepada sukan-sukan extreme ini dengan lebih luas.

No Responses to “Sukan Paintball dan Airsoft mangsa keadaan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s