Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemuda PAS Malaysia aliran baru pemuda dalam PAS.

image

Suhaizan Kaiat dan Mohd Khalid Abdul Hadi telah dipilih sebagai Ketua dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat. Suhaizan adalah Ketua Pemuda PAS Johor manakala Mohd Khalid pula adalah anak Presiden PAS iaitu Abdul Hadi Awang.

Adakah ini satu gelombang baru dalan barisan Pemuda PAS yang mungkin akan dikenali sebagai Pemuda PAS Malaysia selepas ini dan tidak lagi dipanggil Dewan Pemuda PAS Pusat. Makin kuat golongan-golongan professional yang mendekati dan sekaligus menawarkan diri sebagai pemimpin dalam PAS. Dalam keghairahan mereka mengejar kedudukan dalam parti sebenarnya mereka terlupa akan apa yang diperjuangkan oleh PAS selama ini. Asas perjuangan parti ISLAM ini makin hari makin dilupai dan makin hari makin kuat desakan agar PAS menjadi lebih liberal seperti UMNO. Ada juga suara-suara yang mahu ketua Pemuda mereka menjadi seperti KJ Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Adakah Pemuda PAS sekarang mendokong liberalism? Dimanakah laungan Kepimpinan Bersama Ulama yang dahulunya hebat diperkatakan? Adakah anak-anak muda PAS satu ketika nanti akan menjadi seperti Pemuda UMNO? Tidak mustahil satu hari nanti golongan yang ada dalam Pemuda PAS akan berakhir seperti Pemuda UMNO. Duduk minum dihotel-hotel 5 bintang, mengejar kemewahan tanpa had, meninggalkan perjuangan asal semata-mata kerana pangkat dan darjat. Sebenarnya tiada beza antara Pemuda PAS dan juga Pemuda UMNO, apa yang dilakukan oleh Pemuda UMNO akan dilakukan juga oleh Pemuda PAS. Ini adalah kerana pengaruh UMNO yang berasaskan Melayu masih tidak boleh lari dari kotak pemikiran PAS itu sendiri.

Gelombang baru dalam Pemuda PAS ini akan menjadikan PAS sealiran dengan UMNO jadi tiada bezanya antara PAS dan UMNO. Hanya satu perbezaan yang ketara iaitu UMNO memimpin dan PAS dikeldaikan. Jadi mana pilihan kita mahu bersama yang memimpin atau mahu bersama yang dikeldaikan? Tepuk dada tanya selera.

No Responses to “Pemuda PAS Malaysia aliran baru pemuda dalam PAS.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s