Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

MIROS cock-up, Timbalan Menteri tak cerdik, Menteri blur..

Isu had usia kereta nampaknya menteri MoT masuk damage control mode. Bagi kenyataan yang amat cliche sekali. MIROS kata kereta lama berisiko menyebabkan kematian bila kemalangan. Model ujian mereka sebuah Proton Saga berusia 23 tahun. Selesai dengan ujian dicadangkan kepada MoT.

image

Cadangannya ialah untuk melupuskan kereta berusia 12 tahun keatas. Serah laporan pada MoT, timbalan menteri keluar kenyataan di dewan parlimen menyarankan supaya JPJ menjalankan kajian terhadap cadangan MIROS itu dengan kadar segera. Kecoh satu negara, menteri dapat tahu dan keluarkan kenyataan berbunyi “kementerian akan mencari mekanism terbaik untuk membantu golongan yang terkesan dengan dasar itu.” Tiada langsung menteri menyatakan bahawa cadangan tersebut tidak akan dipertimbangkan, alih-alih kita kata menteri pun tak setuju dengan MIROS.

Sebenarnya menteri pun tak tahu apa dia fikir. Lepas rakyat marah dan meluahkan rasa tak puas hati menteri pun masuk ‘spinning’. Itulah caranya pergi balik, pergi balik tetap macam itu. Apa yang jelas dimata rakyat adalah komunikasi antara ‘circle’ menteri dan pasukannya dia kementerian tidak ada persefahaman. Apa tugas menteri dan apa fungsi timbalan menteri. Kadang-kadang menteri cakap A dan timbalan cakap B, rakyat hendak dengar yang mana satu? Dalam situasi politik saat ini rakyat hanya mahu dengar yang molek-molek sahaja. Tidak kira apa janji baik dan sedap didengar dan disusuri oleh tindakan oleh kerajaan.

Mengapa jadi begitu, jawapannya pada ‘catch phrase’ kerajaan sendiri iaitu ‘RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN’. Salahkah rakyat menuntut janji? Justeru menteri harus menepati janji dan mendahulukan rakyat. Dalam isu MoT ini sendiri, menteri harus telus. Jika tidak bersetuju katakan saja tidak setuju dan tidak akan pertimbangkan langsung cadangan dari MIROS. Bukan mengambil jalan mudah dengan mengeluarkan kenyataan selamat.

Banyak perkara yang boleh dikaji demi keselamatan dijalanraya. Contoh yang jelas tentang membenarkan jentera berat berada dijalanraya.

image

Mengapa ini tidak langsung dibuat kajian? Kenapa tidak ada penguatkuasaan? MoT wajib menjalankan satu kajian tentang membenarkan jentera berat menyusuri jalanraya kerana banyak implikasi dan punca yang menjurus kepada kemalangan jalanraya.

Menteri janganlah ‘blur’ sangat. Buka mata dan dengar denyut nadi rakyat. Jangan asyik hendak layan hati sendiri tanpa fikir sentimen rakyat. Bukan lagi masa untuk tunjuk yang menteri tahu semua. Zaman itu sudah berlalu pergi kini tiba zaman rakyat menentukan arah tuju negara.

Renungkan dan fahamkan.

No Responses to “MIROS cock-up, Timbalan Menteri tak cerdik, Menteri blur..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s