Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Lupus kereta berusia 12 tahun.Timbalan Menteri @AKaprawi jangan anggap rakyat Malaysia semua JUTAWAN.

image

Tengah hangat diperkatakan tentang cadangan kerajaan untuk melupuskan kereta berusia lebih 12 tahun. Kononnya mengikut kajian MIROS salah satu FAKTOR KEMALANGAN adalah kerana usia kereta ataupun kereta uzur diatas jalanraya.

Adalah amat dangkal bila Timbalan Menteri mengeluarkan kenyataan bahawa untuk melindungi orang ramai mengaitkan dengan usia kereta. Mungkin Timbalan Menteri tidak pernah turun padang dan tidak tahu PUNCA atau FAKTOR UTAMA menyebabkan kemalangan. Pernah atau tidak Timbalan Menteri mahu pun Menteri terlihat BULLDOZER, BACKHOE, CRANE, TRACTOR, STEAMROLL merangkak dijalan-jalan raya seluruh negara? Mengapa tidak diambil tindakan ataupun mengubal satu undang-undang MELARANG KENDERAAN BERAT seperti diatas dari mengunakan jalanraya. Kenderaan berat wajib diangkut mengunakan FLATBED atau TRAILER bagi melancarkan lalulintas. Ini lebih praktikal dari melupuskan kereta berusia 12 tahun.

Alasan yang digunakan untuk mengharamkan kereta berusia 12 tahun kerana kondisi kereta tidak mengizinkan ianya berada dijalanraya. Adakah jentera berat layak berada dijalanraya? Adakah jentera berat BUKAN PENYUMBANG KEPADA KEMALANGAN? Seperti saya katakan tadi bahawa cadangan kerajaan untuk mengharamkan kereta berusia 12 tahun adalah satu tindakan yang MENYUSAHKAN RAKYAT.

Banyak kajian telah dilakukan dan berapa peratuskah kemalangan berpunca dari kereta uzur? Adakah dengan mengharamkan kereta-kereta berusia 12 tahun ini dapat menjamin TIADA LAGI KEMALANGAN AKAN BERLAKU?

image

Seperti gambar diatas, saya ingin bertanya kepada Timbalan Menteri Pengangkutan dan Menteri sendiri berapa usia kereta yang berbabit dengan kemalangan diatas? Adakah ianya berusia lebih 12 tahun? Dan saya percaya lori diatas juga adalah lori yang baru. Adakah ini jaminan tiada lagi kemalangan maut akan berlaku bila kereta uzur diharamkan dijalanraya?

Saya mohon Timbalan Menteri dan Menteri pengangkutan menjawap semua soalan-soalan yang dikemukan. Jangan la MEMPERBODOH-BODOHKAN RAKYAT dengan cadangan-cadangan yang kurang bijak.

Advertisements

3 Responses to “Lupus kereta berusia 12 tahun.Timbalan Menteri @AKaprawi jangan anggap rakyat Malaysia semua JUTAWAN.”

  1. MENTERI MENTERI JANGAN PENTINGKAN DIRI SENDIRI.RAMAI LAGI RAKYAT YANG SUSAH.SEBAB ITU MEREKA TIDAK BERGANTI KERETA,.PAKAI SELAGI BOLEH PAKAI.

  2. Bila yang dilantik kurang berilmu. Beginilah jadinya.Tiada idea.Kurang cerdik.

  3. kalau macam tu… bagi free jer tukar ngan keter lama…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s