Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Politik UMNO tercemar, Presiden parti tidak dihormati.

Enteri kali ini bertujuan untuk kita kaji dan cari jalan terbaik untuk mengembalikan kegemilangan UMNO. Pemilihan parti kali ini makin dicemari oleh mereka-mereka yang mahu berpaut pada kuasa demi kepentingan peribadi.

Apa yang disarankan oleh YAB Dato Seri Presiden langsung tidak diendahkan dan perjuangan parti makin dihinjak dan dicampak ketepi oleh golongan yang merasakan mereka layak ataupun terlebih layak untuk menduduki kerusi kuasa. Politik ugut, caci, fitnah dan pelbagai cara dilakukan demi memastikan tapuk kuasa ditangan mereka.

Diperingkat sayap parti bahagian keadaan politiknya amat menjijikan. Ugut mengugut sudah menjadi satu lumrah, fitnah dan cacian umpama makanan setiap hari. Inilah yang berlaku dalam kita cuba merealisasikan transformasi politik demi survival agama dan bangsa mereka-mereka ini semua tegar untuk memusnahkan tali ukwah antara ahli dalam parti. Perlukah kita memberi mereka ini kuasa untuk mengetuai kita? Jika ini terus berlaku bayangkan apa yang bakal kita tempuhi dihari muka dengan kepimpinan sebegini.

Mahukah kita terus berdiamkan diri dan menyokong mereka ini secara membabi buta? Kita mahu merealisasikan transformasi politik dan mendokong saranan YAB Dato Seri Presiden kerana inilah perjuangan yang dituntut oleh parti dan kita sebagai ahli sepatutnya tidak lagi terpedaya dengan politik jijik yang kekal akan merugikan agama dan bangsa.

Kita mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan kita dengan memilih pemimpin yang benar-benar jujur dan ikhlas dalam perjuangan bukan meletakan seorang yang gilakan kuasa dan yang sanggup melakukan perkara-perkara yang terkutuk semata-mata untuk kepuasan peribadi. Cukuplah sudah kita diperbodohkan oleh golongan yang hanya mahukan kuasa bukan kerana perjuangan.

Mereka sanggup menghancurkan parti untuk duduk dikerusi empuk dan percayalah mereka ini tidak akan pedulikan akarumbi selepas mendapat kuasa. Jijiknya politik mereka sehingga sanggup mengumpul musuh dari mengumpul sokongan. Kotornya politik mereka sehingga mereka sanggup menabur wang ringgit sebagai umpan. Kejinya politik mereka bila mereka sanggup memfitnah dan mencaci orang lain demi kuasa.

SEDARLAH UMAT MELAYU BAHAWASANYA KITA DALAM KEADAAN YANG AMAT GENTING YANG MEMERLUKAN KITA BERSATU DENGAN KEPIMPINAN YANG IKHLAS BERJUANG, MARI SAMA-SAMA KITA PASTIKAN UMNO BERSIH DARI POLITIK KOTOR BAWAAN GOLONGAN YANG HANYA PENTINGKAN DIRI SENDIRI….

No Responses to “Politik UMNO tercemar, Presiden parti tidak dihormati.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s