Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemilihan UMNO: Pilih dengan bijak….

Pemilihan UMNO sekali lagi menjadi medan mencaci dan mengaibkan lawan. Sudah saban kali pemilihan parti membawa kepada pepercahan dan permusuhan. Apa menyedihkan ialah bila calon-calon yang menawarkan jawatan adalah golongan-golongan yang tidak langsung mempunyai nilai perjuangan dalam diri.

Apa yang menyedikan lagi bila transformasi yang dilaungkan oleh presiden tidak langsung dijadikan satu objektif. Inikah golongan yang mahu kita pilih sebagai pemimpin dalam UMNO? Kami ingin menyentuh tentang corak kempen yang sering kali digunakan oleh golongan yang hanya mahu mengaut keuntungan diri dari parti. Golongan ini hanya mampu untuk menyerang peribadi orang-orang yang dianggap mampu menjadi penghalang kepada agenda buruk dan keji mereka.

Mereka bergerak dalam kumpulan kecil bertemu dengan para-para perwakilan dan menyebarkan cerita-cerita yang mengaitkan hal peribadi seseorang. Jelas sekali mereka tidak mampu untuk menyampaikan agenda perjuangan mereka mahupun perancangan mereka untuk dinilai oleh perwakilan. Yang lebih buruknya ada juga yang menawarkan diri untuk bertanding terpalit dengan isu pecah amanah. Walaupun tidak menjadi isu yang besar tetapi jika amanah tidak dijalankan maka tidak layaklah individu ini diberikan tempat sebagai seorang pemimpin. Dan jika dia diangkat juga sebagai pemimpin apa jaminan yang dia akan menunaikan amanah kita semua sedangkan perkara yang kecil pun dia sanggup membelakangkan amanah yang diberikan.

Demi diangkat sebagai pemimpin mereka juga menyerang peribadi sesiapa sahaja yang mampu mengugat kedudukan mereka walaupun individu tersebut tidak langsung menawarkan diri untuk bertanding. Adakah golongan ini yang kita mahu berikan sokongan? Tidak mampu berlawan didalam gelanggang penontot yang dijadikan sasaran. Inilah satu tindakan BACHUL oleh golongan yang tidak langsung mempunyai nilai perjuangan dalam diri.

Selama ini UMNO sering kali diserang bertubi-tubi oleh pembangkang dan jika kita kaji secara mendalam golongan yang menyumbang kepada serangan pembangkang ini adalah golongan yang kami gambarkan diatas. Cukup jelas mereka ini tidak langsung layak dijadikan benteng pertahanan UMNO. Mereka umpama api dalam sekam, musuh dalam selimut.

Kita sepatutnya mampu berfikir dan menolak politik tidak matang ini dari terus menjadi parasite dalam parti. UMNO harus mengutamakan agenda transformasi politik dari terus dibelenggu oleh golongan parasite.

Jangan ada lagi kita menghulurkan sokongan pada mereka yang menggunakan kaedah serangan peribadi sebaliknya kita nilaikan calon dengan apa yang dirancangkan.

Pastikan kita dokong agenda transformasi politik Dato Sri Presiden.

No Responses to “Pemilihan UMNO: Pilih dengan bijak….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s