Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Dato’ Wan Adnan sedia pertahankan jawatan Ketua Bahagian.

Dua orang pencabar kepada kerusi Ketua UMNO Bahagian Kuantan akan menghadapi satu pertandingan sengit dalam berhadapan dengan penyandang jawatan tersebut. Walaupun pelbagai kritikan dilemparkan terhadap Dato’ Wan Adnan dari kelompok-kelompok yang mahu menjatuhkan beliau namun Dato’ Wan Adnan menghadapi semua itu dengan tenang.

Bagi kedua-dua pencabar itu Mutalib b. Shamsuddin dan Bahuri Geran nampaknya tidak mampu mengugat kedudukan Dato’ Wan Adnan. Ini adalah kerana Dato’ Wan Adnan mendapat sokongan penuh dari semua sayap- sayap parti. Persoalannya apa yang mampu ditawarkan oleh Mutalib dan Bahuri ini untuk parti? Mengapa baru sekarang mencabar kedudukan Dato’ Wan Adnan?

Jelas sekali kedua-dua pencabar ini hanya mengambil kesempatan diatas sistem pemilihan baru yang memberi ruang untuk mereka menawarkan diri. Jika sistem lama masih diguna pakai nyata sekali mereka tidak akan mendapat sebarang pencalonan. Justeru apa motif sebenar mereka? Mungkin kerana nama mereka makin kelam jadi mereka menggunakan pemilihan parti sebagai satu modal untuk mereka kekal relevant dalam parti.

Mungkin pada sesetengah pihak nama Mutalib amat dikenali terutamanya dikalangan Pemuda kerana beliau adalah mantan Naib Ketua Pemuda Kuantan, disitu kita dapat menilaikan keupayaannya memimpin.

Apa yang mengusarkan ahli UMNO Kuantan adalah pertalian saudaranya dengan Arif Sabri aka SakmongkolAK47 ahli parlimen mewakili DAP. Bayangkan jika beliau diangkat menjadi Ketua Bahagian apa jaminan yang tiada rahsia parti akan terlepas kepada DAP? Apa jaminan kesetiaan Mutalib pada parti? Dalam keadaan UMNO perlu satu kesatuan yang kukuh kita tidak mampu mengangkat seorang calon yang mempunyai pertalian saudara dengan musuh politik yang mempunyai agenda memusnahkan agama Islam dan bangsa Melayu.

Bagi Dato Wan Adnan pula, jangan kita terlepas pandang atas jasa beliau kepada UMNO Kuantan dan sudah pasti sebagai Ketua Bahagian beliau sudah mempunyai perancangan terbaru bagi menyiapkan jentera menjelang PRU14. Fokus Dato Wan Adnan adalah untuk memastikan UMNO Kuantan bersiap sedia menghadapi PRU14. Jika ada gangguan nescaya segala perancangan akan terbantut dan kedudukan UMNO Kuantan akan lebih tergugat.

Untuk calon-calon yang mencabar Dato Wan Adnan, apa jaminan mereka mampu mengembalikan kekuatan UMNO sedangkan pada PRU13 yang lepas mereka mempunyai peluang yang luas untuk membuktikan keupayaan mereka namun amat mengecewakan sekali kerana mereka sendiri tidak mampu menjalankan tanggungjawab yang diberi.

Janganlah kita ingin mencuba meletakan nasib kita pada yang tak pasti kekal ianya akan merugikan kita semua. Apa yang kita ada ketika ini sudah cukup baik dan kita hanya perlu merapatkan barisan dan terus bekerja untuk menjamin survival parti UMNO.

No Responses to “Dato’ Wan Adnan sedia pertahankan jawatan Ketua Bahagian.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s