Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh

Tanda Putera merupakan satu filem sejarah yang perlu dihargai oleh setiap pihak. Namun begitu ada sesetengah pihak yang menyifatkan Tanda Putera sebuah analogi politik bagi sesuatu parti.

Sedangkan apa yang dipaparkan oleh filem itu hanyalah persahabatan akrab dua pemimpin lagenda Malaysia, Tun Abdul Razak dan Tun Dr. Ismail.
Hanya yang menjadi kontroversi adalah tragedi rusuhan 13 May 1969 yang dijadikan latar belakang kepada filem tersebut.

Pengarahnya Datuk Shuhaimi Baba telah menyatakan bahawa filem yang dihasilkan oleh beliau bukanlah berniat atau berunsur politik. Ia hanyalah sebuah filem yang digarap dari sejarah Malaysia berdasarkan fakta sebenar.

Ketakutan sesetengah pihak dengan filem ini adalah tidak berasas.
Tanda Putera harus dipuji kerana ianya boleh dijadikan bahan rujukan mudah untuk generasi akan datang sama seperti filem-filem sejarah sebelumnya.

Dengan adanya filem ini rakyat Malaysia dapat mengabdikan sejarah dan memori berkenaan kedua-dua tokoh yang benar-benar telah banyak berjasa kepada pembangunan negara kita.

Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng telah menyatakan keputusan bahawa negeri itu tidak akan membenarkan Tanda Putera ditayangkan di mana-mana pawagam. Tindakan itu adalah berasaskan kepada tanggapan bahawa, filem tersebut adalah rasis dan tidak bertanggungjawab.

Namun begitu, keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang itu dianggap sebagai satu perkara yang tidak berasas. Ini kerana beliau atau mana-mana ahli Pakatan Rakyat belum lagi menonton filem tersebut.

Adakah ini satu tindakan yang wajar? Secara tuntasnya kita boleh mengatakan bahawa tindakan ini adalah terburu-buru dan tidak professional, lebih-lebih lagi dikeluarkan oleh YB Lim Guan Eng yang kononya memperjuangkan hak bersuara dikalangan rakyat Malaysia.
Apakah hak bersuara rakyat mempunyai sifat selektif dan tertakluk kepada perkara-perkara yang dianuti oleh Pakatan Rakyat sahaja? Mengapa jika sesuatu perkara itu walaupun datangnya dari rakyat, tetapi tidak mengikut ideologi Pakatan Rakyat, maka perkara itu tidak patut didengari atau dipertahankan?

Siapa sebenarnya yang tidak telus dalam berbicara soal amanah dan hak rakyat? Apa yang ditakuti oleh Pakatan Rakyat sehingga sanggup mengharamkan sebuah filem yang memaparkan kehidupan sebenar pada era tersebut.

Boleh dikatakan ia adalah satu perkara bodoh jika difikirkan bahawa sebuah kerajaan negeri terlalu takut dengan sebuah filem yang mereka sendiri kata tiada kualiti. Apakah sebuah filem “low-class” (pendapat Ketua Menteri Pulau Pinang) boleh mengugat kredibiliti sebuah kerajaan negeri yang telah dilantik oleh rakyat?
Ketakutan yang menyelinap dalam setiap ahli Pakatan Rakyat adalah bagaimana terbongkarnya rahsia bahawa pemimpin mereka korup dan tidak berhati perut jika filem ini ditayangkan di pawagan seluruh Malaysia.

Telah terang lagi bersuluh bahawa ramai pemimpin tua mereka terlibat di dalam tragedi 13 May 1969. Itu sememangnya tidak boleh dinafikan ataupun disangkal.

Seruan harus dinyatakan secara jelas kepada seluruh rakyat Malaysia agar filem ini menjadi satu tontonan wajib. Bukan sahaja ianya perlu ditonton oleh orang Melayu tetapi juga kepada seluruh rakyat negara ini yang masih cintakan keamanan dan keselesaan hidup.

Mari kita bersama-sama memenuhkan pawagam di seluruh Malaysia untuk menonton filem Tanda Putera. Bagi penduduk Pulau Pinang, diharap jangan kecewa jika tidak dapat berkesempatan menonton filem ini. Ini adalah kerana, seperti semua filem tempatan yang lain, ia akan disiarkan di Astro First selepas beberapa minggu tayangan di pawagam.

Usaha, Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menyekat kemasukan Tanda Putera di semua pawagan di Pulau Pinang adalah usaha yang terlalu bodoh. Agaknya Ketua Menteri Pulau Pinang sudah lupa bahawa terlalu banyak saluran dan media alternatif untuk filem itu ditonton.

Tanda Putera tetap akan menemui rakyat Malaysia, walau dimana ceruk rantau sekalipun.

No Responses to “Haramkan Tanda Putera Adalah Kerja Bodoh”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s