Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

UMNO – Prinsip & Perjuangan. Tong kosong yang nyaring.

Bila bercakap tentang UMNO ketika ini kita sudah pasti bertanyakan apakah prinsip dan perjuangan pemimpin disemua peringkat dalam UMNO? Masih wujudkah pemimpin yang mampu berjuang dan mempunyai prinsip? Atau hanya manis dimulut mengeluarkan kata-kata perjuangan?

Makin pupus pemimpin didalam UMNO yang mampu mengekalkan prinsip dan berjuang dengan ikhlas. Jika dikumpulkan bakal-bakal calon yang menawarkan diri untuk bertanding kerana mahu berjuang mungkin tidak sampai suku yang benar-benar ikhlas.

Apatah lagi penyandang yang dahulunya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang namun kini kehidupannya umpama sang raja menabur wang ringgit demi kedudukan. Berprinsipkah mereka ini dan benarkah mereka berjuang dengan ikhlas dalam parti? Suasana ini tidak asing lagi didalam UMNO kerana UMNO kini sudah menjadi lubuk mencari kekayaan bukan lagi parti yang membela nasib org Melayu dan mempertahankan Islam.

Wang ringgit menjadi keutamaan, alasan yang sentiasa kita dengar “setiap perjuangan perlu ada keupayaan dan keupayaannya ialah wang ringgit”….ini yang acapkali kita dengar dari mereka-mereka yang mengidamkan jawatan-jawatan dalam parti. Dimanakah prinsip mereka ini? Dimanakah perjuangan mereka ini?

Ada dikalangan pemimpin-pemimpin parti yang dahulunya tidak semewah mana tetapi bila berada didalam parti dan berjawatan kehidupan mereka berubah menjadi mewah dan senang, berapa ramai dari kalangan mereka ini memulangkan semula kepada parti atas nama perjuangan?

Pada saya, pemimpin-pemimpin sebegini adalah mereka yang merosakan parti dan mereka yang menghina ahli parti. Mereka meletakan nilai perjuangan ahli-ahli parti dengan wang ringgit. RM100-RM200 hanya untuk menyokong mereka. Inilah petualang dalam parti yang hebat bercakap tetapi jelan dan nyata tiada prinsip dan nilai perjuangan dalam diri.

Kerosakan UMNO datang dari mereka-mereka ini, cukup halus gerak kerja mereka dan cukup licik. Percayalah mereka-mereka ini yang satu hari nanti bakal menghina, mengutuk malahan memijak UMNO jika mereka sudah tidak lagi berjaya mendapat laba dari UMNO.

Sejarah tidak menipu, hanya kita sebagai manusia yang menipu….sudah terbukti melalui sejarah dimana pemimpin-pemimpin ini akan membunuh UMNO dan melompat keluar bila sudah tidak mendapat apa-apa dari parti. Peluang untuk kita sebagai ahli UMNO yang sayangkan parti terbentang luas pada PAU tahun ini. Pastikan kita mengunakan kuasa kita untuk membersihkan petualang ini dari parti disemua peringkat.

Bangkitlah ahli UMNO, kuatkan iltizam, bulatkan tekat bersihkan UMNO dan terus berjuanga dengan hati yang ikhlas.

No Responses to “UMNO – Prinsip & Perjuangan. Tong kosong yang nyaring.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s