Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tak Melayu hilang didunia…doa pahlawan Melayu

Melayu bangsa yang bila ditekan akan bersatu dan terus melawan, Melayu juga adalah satu bangsa yang lemah lembut dan beradab tinggi. Marahnya disulam dengan pantun, sukanya disulam dengan seloka. Ini adalah bangsa Melayu. Namun semenjak kebelakangan ini Melayu makin dihimpit dan dihina dengan pelbagai cara.

Agamanya dicaci dan bangsanya dikutuk. Melayu dipecah-belahkan dan diinjak-injak oleh bangsa chauvinist yang takut akan penyatuan bangsa Melayu. Jika Melayu itu tidak kuat peradabannya maka tidak mungkin bangsa chauvinist sedaya-upaya cuba melemahkan Melayu.

Ini hakikatnya patut kita semua hadapi dan teliti. Melayu bangsa yang mempunyai ketamdunan lebih 3000 tahun. Sebelum dan selepas kemasukan Islam, Melayu sudah mempunyai tamadun. Ketibaan Islam pula telah memberi kekuatan pada bangsa Melayu sejak berkurun lamanya. Justeru dalam keadaan sekarang ini Melayu harus kembali kepada perjuangan agama dan bangsa.

Menyentuh tentang perjuangan agama bangsa yang pertama berdetik dibenak pemikiran kita ialah parti siasah orang Melayu iaitu UMNO. Menjelang pemilihan parti orang Melayu ini perlu ada yang berani untuk mengembalikan perjuangan asal penubuhan UMNO, iaitu perjuangan agama dan bangsa. Semenjak teraju kepimpinan UMNO diambil alih oleh Najib Razak selaku Presiden parti banyak perkara yang membabitkan orang Melayu telah dihakis sedikit demi sedikit atas dasar 1Malaysia.

Keputusan PRU13 telah membuktikan bahawa gagasan 1Malaysia adalah satu gagasan yang gagal kerana ianya satu gagasan yang ditolak oleh kaum lain terutamanya bangsa cina. Setelah pelbagai perkara dan insentif diberikan kepada kaum Cina akhirnya BN tetap ditolak oleh mereka. UMNO telah menerima sokongan dari bangsa Melayu dan terdapat peningkatan yang ketara dalam undi orang Melayu kepada UMNO.

Najib Razak selaku Presiden parti gagal untuk mendengar suara akar umbi bangsa Melayu namun orang Melayu tetap memberikan sokongan pada UMNO. Kita tibalah masanya untuk UMNO kembali kepada perjuangan agama dan bangsa bagi memastikan UMNO kekal relevant dinegara ini.

UMNO perlu ada pemimpin yang pro Melayu dan pemimpin yang mampu berjuang untuk bangsa Melayu dan memertabatkan agama Islam. Kita orang Melayu perlu ada pemimpin yang mempunyai sifat siddiq, amanah, tabligh dan fatanah. Pemimpin yang meletakan Islam sebagai panduan dalam menjalankan amanah rakyat.

UMNO perlu kembalikan era kegemilangan parti siasah orang Melayu ini kepada era meletakan Islam dan bangsa sebagai perjuangan utama. UMNO juga perlu komited dengan apa yang katakan Maqasid Syariah, penyatuan ummah, menghulurkan tangan kepada sesama bangsa untuk bersatu berlandasakan Islam.

Jika Presiden parti Najib Razak masih gagal untuk melaksanakan penyatuan ummah adalah lebih baik jika pemimpin lain yang mampu menyatukan orang Melayu Islam diberi ruang untuk meneraju UMNO. Kita akan berhadapan lagi dengan PRU yang akan datang dan jika kita engkar dengan suara orang Melayu UMNO akan terus tenggelam dan berkubur tanpa nisan.

“Tak Melayu Hilang Didunia” ungkapan pahlawan Melayu terbilang akan hanya tinggal ungkapan jika UMNO gagal untuk berjuang untuk Melayu Islam.

One Response to “Tak Melayu hilang didunia…doa pahlawan Melayu”

  1. melayu adalah bangsa terbaik. akan perintah dunia. mana mana melayu yang masih agungkan bangsa lain adalah melayu yang lemah dan bodoh. sedarlah wahai bangsa ku. bangunlah bangsaku. perjuangkan apa yang tok nenek kita pertahankan dulu iaitu PERTAHANKAN KESUCIAN AGAMA ISLAM . Belajarlah tentang HAKIKAT ISLAM pasti melayu kuat kerana pertolongan ALLAH. Jangan jadi macam yang ada sekarang hanya perpecahan dalam bangsa kita. Marilah kita bersatu sesama bangsa kita. jangan ada perpecahan kerana politik. politik itu hanya kepentingan individu tertentu termasuklah PAS,UMNO DAN PKR. Bodohnya kita tidak mahu mengenal siapa ALLAH. Bertuhankan ALLAH tapi tak kenal dan tak mahu kenal ALLAH. Sesungguhnya awal2 AGAMA itu adalah mengenal ALLAH.


Leave a comment