Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Pemilihan UMNO, pentas transformasi atau pentas pepercahan?

Tahun ini adalah tahun pemilihan parti untuk UMNO, selepas Pilihanraya Umum yang ke13. Ketika ini sudah kelihatan pihak-pihak yang berkeinginan untuk meluaskan lagi cita-cita politik mereka mula mengatur langkah. Pelbagai cara dilakukan untuk cuba mendapatkan sokongan awal.

Persoalan yang timbul adalah sejauh mana ahli-ahli UMNO bersedia untuk memilih pemimpin mereka? Adakah ahli-ahli UMNO sudah matang dalam berpolitik? Sudahkan kita bersedia untuk bersaing secara sihat tanpa ada pepercahan dalam parti? Bersediakah ahli-ahli UMNO mendokong transformasi politik didalam parti?

Inilah persoalan-persoalan yang timbul ketika ini. Pemilihan kali ini bakal mengundang pelbagai situasi yang berkaitan dengan keputusan PRU13. Perubahan dalam UMNO akan dituntut oleh akar umbi disemua peringkat. Malahan mungkin juga ada yang menuntut perubahan diperingkat tertinggi kepimpinan.

Adakah pemilihan kali ini akan menjadi pentas pepercahan dalam UMNO ataupun pentas transformasi untuk UMNO pergi lebih jauh dalam politik negara? Bersediakah UMNO melakukan perubahan secara total dan lebih terbuka?

Kita perlu sedar bahawa UMNO masih berdepan dengan cabaran yang besar dalam mengembalikan sokongan rakyat dan cabaran itu bukannya datang dari pihak pembangkang tetapi ianya datang dari dalam UMNO itu sendiri. UMNO masih belum berupaya mengembalikan semangat perjuangan seperti dahulu yang meletakan parti sebagai keutamaan. Rata-rata ahli dan pemimpin parti lebih mementingkan individu dari parti. Justeru adakah UMNO bersedia untuk menjadi lebih terbuka?

Pentas pepercahan UMNO atau pentas transformasi UMNO? Berubah atau hancur? Gagah atau longlai? Yang mana akan UMNO lalui pada tahun ini? Sama-sama kita tunggu dan sama-sama kita saksikan hala-tuju Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu ini.

Advertisements

One Response to “Pemilihan UMNO, pentas transformasi atau pentas pepercahan?”

  1. Tuan Melayu Muda,
    Isu mentransformasikan umno bukan baru malah sudah dipolemikkan sejak sekian lama. Hanya namanya lain tetapi intipatinya tetap sama, yakni memperkasakan parti. Justru, proses pemilihan parti di semua peringkat seharusnya menjadi amalan sihat apatah lagi jika penyandang jawatan tertentu dilihat sudah terlalu lama, tercalar atau gagal melunaskan amanahnya. Jika 65 tahun setelah parti ditubuhkan ahli-ahli umno masih dipertaikan kematangan politik mereka maka memang layaklah pertubuhan ini dicemuh oleh rakyat!


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s