Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kisah Setiausaha Politik dan Perdana Menteri.

Kecoh sana-sini tentang Set Pol Perdana Menteri. Kesemua pegawai Perdana Menteri yang bertanding tidak dipanggil semula. Sebabnya mereka-mereka ini tidak disambung semula masih tidak jelas.

Adakah Perdana Menteri tewas dengan desakan yang mendesak agar kesemua pegawai beliau ditukar atau mahu beliau mahu memberi ruang kepada golongan muda? Hanya Perdana Menteri sahaja yang mampu menjawap. Tapi jika dilihat dari mata kasar memang jelas Perdana Menteri tewas kepada desakan.

Saya secara peribadi cuba memahami corak pentadbiran Perdana Menteri namun masih juga kabur dan apa yang saya dapat lihat adalah makin hari makin terhakis perjuangan Melayu. Banyak perkara yang menyebabkan orang Melayu berada di situasi yang terhimpit. Dasar-dasar yang diperkenalkan masih tidak nampak adanya perubahan untuk memajukan bangsa Melayu, malahan merugikan Melayu pada jangka masa panjang.

Dan tidak hairanlah jika Perdana Menteri tewas kepada desakan dan tekanan. Kembali kepada tajuk entri ini berkenaan dengan penguguran pegawai-pegawai beliau yang tewas. Isu yang hangat sekarang ialah isu perlantikan Setiausaha Politik Perdana Menteri yang baru. Belum pun dilantik secara rasmi sudah pun keluar cerita-cerita yang kurang enak berkenaan calon tersebut.

Persoalannya jika Perdana Menteri meneruskan juga hasrat beliau melantik sipolan ini membuktikan bahawa Perdana Menteri sudah menempah tiket kekalahan PRU14. Mengapa tidak mahu tunduk pada desakan dan tekanan dalam isu ini? Perdana Menteri seringkali membuat keputusan yang merugikan dan mengapa beliau tidak mahu belajar dari kesilapan?

Diantara pegawai-pegawai yang digugurkan ada diantaranya yang benar-benar komited dan telah menunjukan prestasi kerja yang amat baik namun jika beliau digugurkan hanya kerana desakan dan tekanan, Perdana Menteri sudah kehilangan seorang pegawai muda yang berpotensi tinggi. Dan ini amat merugikan sekali.

Rakyat mahu seorang Perdana Menteri yang mampu memperbaiki kesilapan yang telah dilakukan, kita mahu Perdana Menteri yang mampu menjadikan negara kembali aman dan tenteram seperti dulu. Namun yang paling penting Perdana Menteri yang mampu mengembalikan perjuangan Agama dan Bangsa.

No Responses to “Kisah Setiausaha Politik dan Perdana Menteri.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s