Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Exco Pahang telah dilantik, mohon terus pejuangkan agenda Melayu.

Hari ini kerajaan Barisan Nasional Pahang telah mengemukan dan melantik barisan exco bagi penggal 2013-2017. Barisan exco kerajaan negeri Pahang ini bakal mengalas tugas untuk meneruskan agenda transformasi dan mendokong aspirasi YAB Dato’ Seri Najib Razak selaku Perdana Menteri.

Barisan exco ini juga akan bersama-sama YAB Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob yang telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang untuk terus memakmurkan Pahang.

Berikut ialah senarai penuh barisan exco Pahang bagi penggal 2013 hingga 2017.

  1. Datuk Mohd. Sharkar Shamsudin (ADUN Lanchang)
  2. Datuk Ir. Mohd. Soffi Abdul Razak (ADUN Benta)
  3. Datuk Wan Rosdy Wan Ismail (ADUN Jelai)
  4. Datuk Shafik Fauzan Sharif (ADUN Inderapura)
  5. Datuk Abu Bakar Harun (ADUN Chini)
  6. Datuk Mohd. Johari Hussain (ADUN Tioman)
  7. Norul Azali Sulaiman (ADUN Guai)
  8. Datuk Shahaniza Shamsuddin (ADUN Kuala Sentul)
  9. Syed Ibrahim Syed Ahmad (ADUN Kerdau)
  10. Datuk Shahiruddin Ab. Moin (ADUN Dong)

Apa yang kita mengharapkan dalam senario politik negara ketika ini adalah agenda membangunkan ekonomi Melayu/Bumiputera dan diharapkan barisan exco negeri Pahang yang baru ini dapat membantu dalam memastikan tiada lagi orang Melayu/Bumiputera yang tercicir dari arus pembangunan.

Tiba sudah waktu untuk kerajaan negeri Pahang pimpinan Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob memberi pengkhususan kepada pembangunan ekonomi orang Melayu/Bumiputera. Cukup sudah perbagai kemudahan diberikan kepada pengusaha-pengusaha Cina kerana sudah jelas melalui keputusan PRU yang lepas kaum Cina telah menolak Barisan Nasional secara total walaupun dengan apa yang telah mereka nikmati dibawah pentadbiran kerajaan yang sama.

Pembangunan ekonomi orang Melayu/Bumiputera seharusnya menjadi agenda utama kerajaan negeri Pahang untuk memastikan orang Melayu/Bumiputera dapat menikmati kemakmuran dengan secara adil.

Kita amat yakin dengan keupayaan Menteri Besar Pahang dan kita juga mahukan satu tindakan yang proaktif dalam memastikan orang Melayu/Bumiputera dinegeri Pahang ini terus menikmati kemakmuran dan meraih kekayaan yang sama seperti kaum Cina.

Agenda Melayu/Bumiputera wajib diperkasakan demi survival anak bangsa. Inilah harapan kami yang sentiasa mempertahankan dan memperjuangkan Barisan Nasional. Tidak salah jika rayuan kami ini dipertimbangkan demi masa depan agama, bangsa dan tanahair.

No Responses to “Exco Pahang telah dilantik, mohon terus pejuangkan agenda Melayu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s