Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Kukuhkan UMNO, jgn sekadar retorik!

Sejak 2008 bilamana keputusan PRU12 amat mengecewakan Barisan Nasional, UMNO melaungkan semangat untuk memperkukuhkan parti. Dan kini selepas PRU13 Barisan Nasional masih dinafikan majoriti 2/3 diparlimen makin kuat laungan untuk memperkukuhkan parti UMNO.

Apa yang kita mahukan adalah keikhlasan pucuk pimpinan untuk benar-benar kembalikan UMNO kepada perjuangan asal penubuhan parti keramat Melayu ini dan tiba masanya untuk UMNO bangkit semula menjadi parti yang kuat dan parti yang disokong oleh semua lapisan masyarakat.

Peluang yang dimaksudkan ialah pada pemilihan parti yang dijadualkan pada tahun ini. Ahli-ahli UMNO harus sedar bahawa UMNO kini berada dipersimpangan untuk terus berdiri atau untuk menjadi satu parti yang sudah hilang kekuatan.

Untuk memperkukuhkan UMNO ianya harus bermula dari peringkat akar umbi. Ahli-ahli diberi kuasa memilih pemimpin untuk membawa suara mereka terus ke pucuk pimpinan. Justeru, inilah peluang bagi ahli-ahli UMNO memastikan tiada lagi golongan-golongan yang hanya tahu berpolitik untuk kepentingan diri dan mencari kekayaan.

Proses pembersihan dan pengukuhan UMNO harus bermula diperingkat Pemuda UMNO kerana Pemuda UMNOlah yang bakal mewarisi kepimpinan parti keramat orang Melayu. Orang-orang muda harus bijak memilih dan meletakan pemimpin muda yang berkaliber, berwawasan dan berfikiran matang.

Kita tidak mahu ada lagi parasit-parasit yang hanya tahu untuk melaga-lagakan dan yang hanya tahu meraih keuntungan diri. Inilah makhluk perosak yang harus dihapuskan dari dalam UMNO terutamanya diperingkat Pemuda. Sudah tiada tempat lagi untuk golongan-golongan warlord didalam parti. Kita harus memilih pemimpin berdasarkan idea dan kebolehan bukan atas pengaruh.

Ahli-ahli UMNO mempunyai peluang untuk menyingkirkan politik wang dan memastikan UMNO bersih dari gejala politik wang yang telah lama menjadikan UMNO sebagai bahan serangan puak pembangkang. kita seharusnya memilih pemimpin yang ikhlas dan jujur dalam perjuangan dan pemimpin yang mendengar suara semua bukan pemimpin yang hanya mendengar hasutan satu pihak sahaja.

Perubahan dalam UMNO wajib direalisasikan bukan hanya sekadar retorik untuk meraih sokongan. Pastikan UMNO bersih dari parasit dan ulat-ulat yang sekian lama merosakan UMNO ini.

Sebagai ahli parti yang sayangkan parti marilah bersama-sama memastikan UMNO kekal relevant dan kekal berbakti pada Agama, Bangsa dan Tanahair.

No Responses to “Kukuhkan UMNO, jgn sekadar retorik!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s