Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sejauh mana MCA benar-benar jujur dalam membantu BN?

Isu pengundi Cina semasa PRU13 cukup hangat diperkatakan ketika ini. ‘Chinese Tsunami’ yang melanda Barisan Nasional walaupun mengejutkan namun masih gagal menumbangkan kerajaan pimpinan Dato’ Seri Najib Razak. Malahan ianya dapat membuktikan bahawa UMNO masih relevant dikalangan pengundi Melayu.

Akan tetapi persoalannya dimanakah MCA ketika Barisan Nasional giat menarik sokongan rakyat? Apa sumbangan MCA terhadap calon-calon BN dari UMNO? Adakah mereka ini sekadar mengisi masa lapang mengikuti calon-calon sahaja? Perkara yang amat mengecewakan ialah MCA terang-terang ditolak oleh masyarakat Cina dan mereka tidak lagi mampu membantu BN untuk meraih sokongan.

Justeru, kita boleh mempersoalkan keikhlasan mereka membantu BN dan calon-calon dari UMNO untuk memenangi kerusi yang dipertandingkan. Mereka sedar bahawa mereka sudah tidak lagi relevant dikalangan masyarakat Cina dan sekaligus tidak relevant dalam Barisan Nasional. Keikhlasan mereka jelas boleh dipertikaikan, tiada apa yang mampu dinafikan lagi kerana setiap kegagalan Barisan Nasional terletak dibahu MCA yang gagal meraih sokongan kaum Cina.

Tidak salah jika kepimpinan BN mengkaji semula kedudukan MCA didalam BN, kita tidak mahu biawak hidup terus berada didalam komponen BN dan akan terus membawa bala kepada seluruh anggota BN.

Jika mereka mempersoalkan UMNO yang meneraju BN amat jelas sokongan terhadap UMNO meningkat berbanding PRU12 tiada sebab untuk mereka mempersoalkan kedudukan UMNO. Cukup sudah MCA memberi alasan, nyata sekali mereka GAGAL dan tidak lagi relevant dalam BN.

No Responses to “Sejauh mana MCA benar-benar jujur dalam membantu BN?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s