Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

DAP yang RASIS dan KORUP….

image

Sebelum ini DAP begitu kuat melaungkan yang mana parti mereka mewakili semua kaum, namun selepas kongress kebangsaan DAP baru-baru ini jelas menunjukan ianya hanya laungan retorik semata-mata.

Gagasan MALAYSIAN MALAYSIA hanyalah modal untuk memancing undi. Jika dilihat dari keanggotaan CEC yang dipilih, ianya hanya diwakili oleh majoriti satu kaum sahaja. Apa lagi yang hendak diperkatakan oleh kepimpinan DAP sekarang ini? Semua calon berbangsa MELAYU telah tewas dan tiada seorang pun berjaya menduduki kerusi CEC.

Jika ada pun hanyalah anggota yang dilantik dan diantara dua anggota yang dilantik hanya ada satu MELAYU kerana seorang lagi hanya mengunakan nama MELAYU tetapi hakikatnya dia berbangsa Cina.

DAP tidak perlu lagi memekik menyatakan mereka adalah parti berbilang kaum. Sikap rasis dan chauvinist mereka amat terserlah hinggakan ketika menjadi kerajaan diPerak dan ketika ini diPulau Pinang. Kebajikan bangsa MELAYU langsung tidak diambil peduli. Isu pemberian tanah 999 tahun sehingga kini masih kabur jawapannya.

DiPulau Pinang nasib peniaga MELAYU tidak dibela, perumahan kos rendah tidak langsung tidak dipedulikan. Dimana janji DAP untuk membela setiap rakyat MALAYSIA? Seorang wakil rakyat DAP jika dianya Cina akan menjaga kepentingan Cina sahaja, wakil India akan mewakili India sahaja dan tiada langsung wakil MELAYU didalam DAP, justeru siapa yang akan menjaga kepentingan bangsa MELAYU jika DAP memerintah?

Hak-hak bangsa MELAYU sudah pastinya akan dihapuskan satu per satu, keistimewaan bangsa MELAYU akan dirobek-robek oleh mereka, raja-raja MELAYU sudah pasti mereka akan menghapuskan dan yang paling mengerikan bilamana keistimewaan AGAMA ISLAM akan dicarik-carik oleh DAP.

Dimana kedudukan kita ketika itu? Yang pasti bangsa MELAYU akan merempat dibumi sendiri tanpa sebarang pembelaan.

DAP yang kononnya telus sebenarnya lebih korup dari mana-mana parti politik yang ada. Yang terbaru pendedahan oleh blogger pro-BN mengenai pemberian tanah diKelantan kepada Ngeh dan Nga hanya kerana meletak Nizar sebagai Menteri Besar boneka kerajaan Perak. Bukankan ini satu perbuatan korupsi?

Pulau Pinang dan Selangor berbangga dengan CAT dan SELCAT mereka akan tetapi setiap perbuatan korup mereka CAT dan SELCAT akan melindungi. Tiada satu pun korupsi yang jelas mempunyai bukti diambil tindakan tetapi sebaliknya mereka menuduh BN sebagai dalang.

Ini adalah acara DAP membohongi rakyat MALAYSIA. Bayangkan jika merka memerintah sudah pasti mahkamah dibawah pengaruh mereka, badan-badan dan agensi bebas tidak akan lagi bebas. Mereka akan mengawal semuanya semata-mata untuk kekal sebagai kerajaan.

Justeru, marilah kita pastikan Pakatan Rakyat tewas diPRU13 kali ini demi menyelamatkan negara dari kerakusa DAP, PAS dan PKR.

No Responses to “DAP yang RASIS dan KORUP….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s