Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Bergema laungan 1Malaysia diPerhimpunan PERKASA.

Semalam telah berlangsungnya perhimpunan dan persidangan tahunan PERKASA untuk kali yang ke-3 bertempat di Astaka Taman Tasik Titiwangsa. Perhimpunan kali ini melihatkan jumlah penyertaan yang terbesar dalam sejarah penubuhan PERKASA.

Seramai lebih 10,000 ahli PERKASA dari seluruh negara telah berhimpun demi perjuangan Agama, Bangsa dan negara. Ini adalah bukti yang menunjukan bahawa PERKASA mampu mengumpulkan umat MELAYU ISLAM atas dasar perjuangan bangsa MELAYU. Ketika ini PERKASA telah berjaya mencapai lebih 300,000 orang ahli seluruh negara dalam 4 tahun penubuhan NGO MELAYU ini. Pelbagai cabaran dan rintangan telah diharungi namun atas dasar perjuangan bangsa Pertubuhan Pribumi Perkasa ini tetap konsisten dalam memperjuangkan agenda MELAYU.

Tahun ini Presiden PERKASA Dato’ Paduka Ibrahim Ali telah dengan lantangnya melaungkan laungan 1Malaysia diperhimpunan ini sekaligus melenyapkan tuduhan bahawa PERKASA adalah satu pertubuhan rasis. Kewujudan PERKASA adalah untuk mempertahankan hak bangsa MELAYU yang termaktub didalam perlembagaan dan mempertahankan ISLAM berdasarkan didalam perlembagaan persekutuan. Ini jelas menunjukan bahawa PERKASA sejak penubuhannya bukan pertubuhan rasis.

Didalam perhimpunan dan persidangan kali ini PERKASA telah mencapai satu resolusi untuk menyokong UMNO/BN pada PRU13 akan datang dan dalam masa yang sama PERKASA tetap memperjuangkan agenda MELAYU kerana ini adalah asas penubuhan PERKASA.

PERKASA tidak menafikan hak bangsa lain tetapi  PERKASA tidak akan berkompromi jika ada pihak yang cuba menyentuh dan mempertikaikan hak ISLAM dan MELAYU. Agenda MELAYU yang menjadi teras perjuangan PERKASA tidak akan sama sekali diketepikan walaupun PERKASA melaungkan 1Malaysia.

1Malaysia selagi ianya tidak mengenepikan hak MELAYU dan ISLAM seperti didalam perlembagaan akan terus didokong oleh PERKASA. Dengan laungan 1Malaysia oleh presiden PERKASA ini telah mematikan segala tuduhan dan fitnah terhadap oleh chauvinist-chauvinist Cina yang takut akan penyatuan bangsa MELAYU.

Sudah tiada alasan lagi untuk chauvinist Cina menuduh PERKASA sebagai pertubuhan rasis.  Mungkinkah kita akan dengan Dong Zong atau pun HINDRAF melaungkan laungan 1Malaysia? Kita akan kenal siapa yang rasis dan siapa yang mempertahakan hak didalam perlembagaan.

PERKASA akan kekal sebagai NGO MELAYU yang mendokongan gagasan 1Malaysia…HIDUP PERKASA!!! HIDUP MELAYU!!! TEGAK ISLAM!!! ALLAHUAKBAR!!!

No Responses to “Bergema laungan 1Malaysia diPerhimpunan PERKASA.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s