Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Syed Azidi aka Kickdefella buat Husam Kambing kecut telur….

image

18hb Disember 2012 bertempat di Mahkamah Tinggi Kuantan Exco Kerajaan Negeri Kelantan Husam Musa akan berdepan dengan blogger Kickdefella atas kes saman beliau terhadap blogger tersebut.

Sebelum ini Syed Azidi telah membongkar penyelewengan Husam sebagai exco dalam blog Kickdefella. Tindakan membongkar segala penyelewengan ini telah menyebabkan Husam tidak senang duduk, berpeluh tapak tangan dan mungkin juga tidak tidur malam.

Kita sering dengar bahawa kerajaan negeri Kelantan dibawah pentadbiran PAS adalah kerajaan yang telus dan bebas rasuah namun semua ini hanyalah pembohongan belaka. Rasuah dan penyelewengan kerajaan PAS amat ketara dan tidak mampu untuk ditutup lagi. Syed Azidi yang pernah bertugas sebagai Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan mendedahkan segala kepincangan dalam kerajaan pimpinan PAS ini sehingga Husam tidak mampu lagi untuk bertahan.

Persoalannya jika benar PAS Kelantan bebas rasuah masakan Syed Azidi mampu membongkar segala penyelewengan mereka. Jika tiada angin tak kan pokok boleh bergoyang.

Peguam Syed Azidi juga telah mengemukan sapina terhadap beberapa pemimpin negeri termasuk Menteri Besar Nik Aziz Nik Mat. Kita akan lihat bagaimana kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS ini cuba menutupi penyelewengan mereka. Yang pastinya mereka akan mengerahkan penyokong mereka untuk berhimpun dan ada kemungkinan mereka akan membuat kacau, ini adalah cara PAS untuk terus menutupi penyelewengan mereka.

Sampai bila kita harus terima politik kotor PAS ini? Politik pecah belah bila mereka tersepit, pentadbiran negeri yang lemah dan banyak penipuan yang berlaku baik diKelantan mahupun diKedah.

Cukup sudah penipuan PAS, pada 18hb Disember ini kita akan mendengar lagi banyak pendedahan oleh Syed Azidi. Sudahkah PAS bersedia untuk berdepan dengan kejatuhan mereka kali ini?

Mari kita tunjukan sokongan kita kepada Syed Azidi agar terus membongkar pembohongan kerajaan PAS.

No Responses to “Syed Azidi aka Kickdefella buat Husam Kambing kecut telur….”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s