Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Sandiwara Pakatan Pembangkang menjelang PRU.

PAS melalui Ketua Dewan Ulama mereka Datuk Harun Taib menyatakan bahawa pakatan pembangkang secara dasarnya telah bersetuju untuk melaksanakan undang-undang Hudud dinegara ini sekiranya mereka berjaya menakluki Putrajaya pada PRU yang akan datang.

DAP pula melalui Pengerusi mereka Karpal Singh, menafikan kenyataan Harun Taib dengan menyatakan tidak ada persetujuan langsung didalam pakatan pembangkang untuk melaksanakan undang-undang Hudud jika mereka menang PRU nanti.

Yang mana satu yang betul? Kita  hendak mempercayai siapa? Antara Harun Taib seorang ulama ataupun Karpal Singh seorang kafir yang anti ISLAM? Mengapa setiap kali menjelang PRU isu hudud ini dibangkitkan semula oleh PAS?

Karpal Singh membidas kenyataan Harun Taib dan secara tidak langsung mengambarkan Harun Taib sebagai pembohong, Karpal Singh juga menafikan kenyataan Harun Taib bahawa PAS telah menerangkan kedudukan mereka tentang hudud dikalangan pakatan pembangkang. Amat jelas sekali pakatan pembangkang ini sedang bersandiwara antara mereka.

Musim mengundi bakal tiba dan pakatan pembangkang mula bermain sandiwara untuk meraih undi. Kenyataan Harun Taib jelas adalah untuk memancing undi Melayu ISLAM dan Karpal pula cuba memancing undi bukan ISLAM. Tiada apa-apa yang hendak kita harapkan dari pakatan pembangkang ini selain kehancuran negara kita.

PAS akan cuba bermain dengan isu ISLAMIC dengan mengatakan akan tertubuhnya kerajaan ISLAM dan berkebajikan jika pakatan pembangkang berjaya menang PRU dan dalam masa yang sama DAP akan terus menjadi jaguh konon-kononnya menentang undang-undang hudud dan penubuhan negara ISLAM semata-mata untuk meraih undi bukan ISLAM.

PAS sanggup mengadaikan atau memperdagangkan agama untuk menipu rakyat dan untuk mendapatkan undi, berkali-kali sudah kita mendengar isu hudud ini dimainkan oleh PAS tetapi mengapa masih lagi tiada tindakan dari mereka? Mereka seharusnya sudah boleh menjalankan hudud dinegeri-negeri yang mereka tadbir tetapi mengapa masih lagi hanya cakap-cakap kosong sahaja?

Untuk DAP apa yang penting adalah untuk menentang sebarang usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuat negara ISLAM. Adakah ini jenis pakatan yang kita mahu mengetuai negara kita? Sudah tentu tidak.

PAS kekal menjadi parti keldai, DAP akan terus anti MELAYU dan ISLAM sementara itu PKR pula kekal menjadi parti anak-beranak. Cukup-cukuplah kita mempercayai pakatan pembangkang ini, tiada gunanya melainkan kita menyaksikan kehancuran negara yang kita cintai ini. Tolak PAKATAN PEMBANGKANG!!!

No Responses to “Sandiwara Pakatan Pembangkang menjelang PRU.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s