Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan menyalak kalau tak tahu hujung pangkal.

Salam semua, artikel hari ini bukan sekadar untuk menulis sahaja tetapi ianya lebih kepada menyampaikan mesej pada pihak-pihak tertentu yang hanya pandai bercakap tetapi hasilnya tiada.

Ada golongan-golongan manusia yang amat dangkal dalam perjuangan dan hanya tahu untuk menyalak tanpa usul periksa, yang menjadi persoalannya mengapa hanya pandai menyalak dimedia sosial sahaja? Mana hasil perjuangan mereka? Tiada perubahan langsung dengan apa yang mereka ini katakan dengan apa yang mereka buat.

Yang amat menyedihkan mereka ini hanya tahu menyalahkan orang lain walhalnya mereka yang mendabik dada mengatakan merekalah pejuang Agama, Bangsa dan Tanahair hakikatnya kosong semata-mata. Jawatan menjadi kejaran, mereka menuntut jawatan dalam sesuatu pertubuhan hanya kerana mahukan nama. Inilah golongan yang bakal menghancurkan bangsa dan agama.

Sebagai Ketua Wira PERKASA Pahang saya terpanggil untuk menerangkan apa tujuan PERKASA ditubuhkan dan apa fungsi PERKASA. Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) adalah satu NGO atau pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk mempertahakan hak-hak keistimewaan orang Melayu yang termaktub didalam perlembagaan.

Penubuhan PERKASA sebenarnya untuk bertindak menyatukan bangsa Melayu pasca PRU12 dimana seluruh rakyat menyaksikan satu tsunami politik yang hampir-hampir menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional. Tidak dinafikan PERKASA adalah pertubuhan yang menyokong Barisan Nasional tetapi ianya tidak bermakna PERKASA adalah alat kepada Barisan Nasional.

PERKASA dilihat sebagai ‘the 3rd force’ didalam arena politik Malaysia dan ada juga memandang PERKASA ini sebagai ‘the kings maker’ namun harus diingat bahawa PERKASA bukanlah satu pertubuhan politik yang mengejar cita-cita atau agenda politik. PERKASA akan terus memperjuangkan hak-hak keistmewaan orang Melayu dan pribumi negara ini dari terus dinodai oleh parti-parti politik yang hanya mahukan kuasa semata-mata.

Jelas sekali PERKASA bukan satu pertubuhan yang akan mengambil alih UMNO dalam Barisan Nasional apatah lagi menjadi alat kepada UMNO, hakikatnya PERKASA menjadikan UMNO sebagai alat untuk mencapai agenda Ketuanan Melayu dan mengembalikan hak-hak orang Melayu dan pribumi dari setiap aspek terutamanya kuasa ekonomi dan politik.

PERKASA juga mempertahankan kedudukan ISLAM sebagai agama persekutuan sebagaimana termaktub didalam perlembagaan. PERKASA menentang sebarang usaha untuk menukar kedudukan ISLAM sebagai agama persekutuan didalam perlembagaan oleh pihak-pihak yang bencikan ISLAM. PERKASA juga akan memastikan umat ISLAM negara ini disatukan dibawah satu gagasan yang kuat dan mampu menyebarkan syiar ISLAM dibumi bertuah ini.

PERKASA akan menjadi benteng mempertahankan institusi raja-raja Melayu yang menjadi payung kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu.

PERKASA mempunyai agenda yang amat besar dan bukan mudah untuk PERKASA terus memperjuangkan bangsa dan agama namun ianya menjadi tanggungjawab kepada seluruh ahli PERKASA untuk memikul agenda ini. Hadirnya PERKASA bukan kerana mahukan kedudukan dan jawatan tetapi kerana rasa tanggungjawab yang menebal untuk mempertahankan agama, bangsa dan tanahair.

Kepada mereka-mereka yang amat kritis terhadap PERKASA cuba buka mata dan lapangkan dada perhatikan sekeliling anda, adakah anda masih maju menjadikan PERKASA sebagai kambing hitam diatas kegagalan anda sendiri? Janganlah anda masih berada didalam kelompok anda sendiri dan menyalak tanpa ada hala tuju.

Muhasabahlah diri anda dan mari bersama PERKASA untuk berjuang dan bawalah agenda anda bersama-sama.

No Responses to “Jangan menyalak kalau tak tahu hujung pangkal.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s