Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Lynas menang, SLSM jelas menipu.

image

Lynas akan beroperasi dengan kebenaran mahkamah, itulah keputusan yang diterima kelmarin di Mahkamah Tinggi Kuantan. Pihak anti Lynas sebelum ini telah mengemukan bantahan dan memohon mahkamah membekukan lesen operasi sementara yang dikeluarkan oleh AELB kepada Lynas.
Keputusan mahkamah untuk membenarkan Lynas beroperasi berdasarkan bukti dan fakta dari pakar-pakar dan kajian peringkat antarabangsa telah menunjukan bahawa kebenaran tidak dapat ditewaskan oleh pembohongan. Pihak anti Lynas yang diketuai oleh Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh jelas sekali hanya mempolitikan projek Lynas ini untuk keuntungan peribadi.

Dengan adanya keputusan mahkamah ini pihak anti Lynas sepatutnya menerima dengan hati yang terbuka dan tidak lagi menjadikan Lynas sebagai modal politik murahan mereka.

Rakyat Kuantan sudah jelak dengan tingkah laku golongan anti Lynas ini yang sentiasa cuba untuk memburuk-burukan kerajaan semata-mata kerana kepentingan politik peribadi. Lynas adalah satu pelaburan strategic untuk menjana ekonomi negeri melalui industri hiliran berkaitan dengan nadir bumi. Pihak anti Lynas pula adalah golongan yang kecewa kerana tidak mendapat sebarang kepentingan dalam projek tersebut cuba untuk memastikan projek Lynas ini gagal.

Sekarang mahkamah telah pun memutuskan bahawa Lynas boleh beroperasi dan jangan lagi pihak anti Lynas cuba menghasut rakyat dan menipu rakyat dengan cerita dongeng mereka.

Terimalah dan berusahakan untuk memajukan negeri Pahang ini….

No Responses to “Lynas menang, SLSM jelas menipu.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s