Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Nurul Izzah pejuang golongan MURTAD?

Agak mengejutkan bila Ahli Parlimen Lembah Pantai yang juga anak kepada Ketua Pembangkang Nurul Izzah menyokong murtad dikalangan umat MELAYU ISLAM. Ini jelas hasil didikan Anwar Ibrahim yang sanggup lakukan apa saja demi impian menjadi Perdana Menteri.

KUALA LUMPUR 4 Nov. – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ”Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama… mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata.

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.-utusan

Apa lagi yang perlu kita perkatakan mengenai pemimpin PKR ini? Selepas ini mungkin mereka menghalalkan pula LGBT. Kini Nurul Izzah mengatakan kenyataan beliau telah disalah tafsirkan tapi mengapa beliau mengeluarkan kenyataan sedemikian jika tidak mahu disalah tafsirkan oleh masyarakat? Adakah ini juga salah kerajaan? Beliau mengeluarkan kenyataan menerusi portal propembangkang Malaysiakini dan bagaimana pula ianya disalah tafsirkan?

Sungguh menghairankan bila Nurul Izzah cuba menyalahkan orang lain diatas kenyataan beliau sendiri. Tidak ubah seperti mana Anwar Ibrahim sendiri yang sentiasa menyalahkan orang lain jika ada isu-isu yang kurang enak bagi mereka.

Nurul Izzah HARUS BERTAUBAT!

Advertisements

No Responses to “Nurul Izzah pejuang golongan MURTAD?”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s