Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PERKASA bukan kuda tungangan UMNO

Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA) Malaysia sering kali dilabelkan sebagai kuda UMNO, balaci UMNO dan tungangan UMNO. Hanya kerana PERKASA menyatakan sokongan kepada UMNO sekaligus pertubuhan ini dilabelkan dengan pelbagai nama dan cacian. PERKASA bukanlah pencacai kepada UMNO dalam apa-apa isu pun dan PERKASA adalah satu-satunya pertubuhan yang berani mengkritik kepimpinan UMNO serta mendesak kerajaan.

Dalam situasi politik ketika ini UMNO lah yang menjadi kuda kepada PERKASA untuk mencapai agenda untuk Agama, Bangsa dan Negara. PERKASA bukanlah sebuah parti politik tetapi PERKASA adalah sebuah NGO yang memperjuangkan hak ISLAM, MELAYU dan Tanahair. PERKASA menjadikan UMNO sebagai kuda tungangan untuk mencapai dan memperjuangkan hak-hak orang Melayu dibumi bertuah ini.

UMNO sedar kekuatan PERKASA kerana pertubuhan ini menjangkaui batasan ideologi politik dan mampu menyatukan bangsa Melayu. Justeru untuk menyatakan PERKASA adalah alat kepada UMNO adalah satu kenyataan yang dangkal dan tidak berakal. PERKASA akan terus mendesak kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang ditunjangi UMNO untuk terus mempertahakan hak-hak keistimewaan pribumi tanpa mengenepikan asas perlembagaan yang menjamin hak-hak bangsa lain.

PERKASA walaupun masih muda namun kekuatan pertubuhan ini membuatkan UMNO tidak mampu untuk mengenepikan hak bangsa Melayu. PERKASA akan terus memastikan matlamat penubuhan NGO ini tercapai dan akan terus memastikan UMNO kekal relevant dalam arena politik negara. UMNO akan terus menjadi tungangan kepada PERKASA sehinggalah keistimewaan bangsa MELAYU kekal terpelihara.

Bangsa MELAYU inginkan satu badan yang mampun menegur kerajaan tanpa ada batasan politik dan PERKASA telah membuktikan bahawa ianya adalah satu pertubuhan yang mampu bertindak sedemikian dengan sokongan seluruh umat MELAYU ISLAM. PERKASA akan kekal menyokong dasar kerajaan pimpinan Barisan Nasional yang baik namun PERKASA juga mampun untuk mendesak kerajaan jika ada dasar yang tidak menguntungkan bangsa MELAYU dan agama ISLAM?

Tidak pernah sekali PERKASA manjadi kuda kepada UMNO dan UMNO harus sedar bahawa kewujudan PERKASA bukan saingan untuk UMNO sebaliknya sebagai badan yang akan terus memastikan UMNO itu kekal relevant.

PERKASA BUKAN KUDA UMNO!

No Responses to “PERKASA bukan kuda tungangan UMNO”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s