Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

AES bantahlah selagi boleh……

Bila Mahfuz ‘Mr Bean’ Omar bantah sistem AES,  kita fahamlah sebab dia MP yang tak lulus SRP tapi bila Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia pun turut serta desak kerajaan menangguhkan perlaksanaan sistem AES ini memang agak menghairankan. Kenapa Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia beria-ria mempertahankan pesalah lalulintas  secara tiba-tiba? Mungkinkah PPUM sekarang ini cuba meraih populariti setelah kehilangan sokongan selepas pergerakan ini diterajui oleh Khairy Jamaluddin? Ataupun PPUM sudah kehilangan modal dalam perjuangan Agama, Bangsa dan Negara?

Jika alasan PPUM membantah sistem AES kerana mendengar suara rakyat mengapa mereka tidak mendesak isu NFC, isu Chua Soi Lek mengeluarkan kenyataan tentang HUDUD, isu konsesi tol, isu IPP, isu tanah adat orang asli dan isu-isu yang mendapat bantahan rakyat? Adakah kerana isu-isu ini tidak memberi populariti kepada KPUM ataupun mereka ada mendapat habuan dalam isu-isu tersebut?

PPUM sepatutnya kembali keperjuangan asal UMNO memperjuangkan Agama, Bangsa dan Negara bukan sekadar meraih populariti menjelang PRU yang hampir tiba.

Sistem AES sepatutnya tidak perlu dipertikai kerana AES adalah satu sistem yang banyak kelebihannya terutama dari sudut penguatkuasaan undang-undang jalanraya, justeru AES adalah sistem yang dapat mendidik penguna jalanraya untuk lebih berdisiplin. Jika PPUM mengatakan mereka telah membuat kajian mereka sendiri dimana keputusan kajian tersebut dan apa pula alasan mereka untuk mendesak kerajaan menangguhkan perlaksanaan sistem AES ini?

Janganlah kita menjadi jaguh tetapi jaguh yang akan menyusahkan kerajaan yang kita pertahankan selama ini. PPUM seharusnya memikirkan bagaimana untuk memertabatkan Agama, Bangsa dan Tanahair dari terus dihimpit dan diserang oleh kelompok yang gilakan kuasa dan bukannya menyahut suara pembangkang demi meraih populariti untuk jangka masa pendek.

Untuk kerajaan pula janganla terlalu tunduk kepada desakan kerana ini akan lebih mengukuhkan bukti bahawa kerajaan BARISAN NASIONAL adalah satu kerajaan yang lemah dan bakal tumbang. Cukup sudah kita mengadaikan ISA kerana menari mengikut alunan pembangkang demi sokongan yang tidak kekal.

Teuskan perlaksanaan AES demi menjaga keselamatan rakyat negara ini yang mengunakan jalanraya.

Advertisements

No Responses to “AES bantahlah selagi boleh……”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s