Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ramalan sampah dari blogger jalanan CMK…

image

Blogger toyol yang juga bekas ahli PKR iaitu Cucu Mat Kilau (CMK) sekali lagi membuat ramalan bertaraf sampah bila mengaitkan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan Dato’ Suffian Awang sebagai calon pilihan pada PRU13 untuk menentang penyandang Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh aka Chef Wani. Seperti biasa ramalan sampah oleh CMK ini kekal sebagai sampah yang tidak boleh ditebus guna langsung.

Dalam postingnya dalam blog Pahang Daily Online (PDO) menyatakan bahawa Barisan Nasional bakal meletakan Dato’ Suffian Awang yang juga Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri sebagai calon diparlimen Kuantan. Nampak gayanya CMK ini lebih hebat dari PM, belum apa-apa dia sudah tahu siapa calon Barisan Nasional untuk menentang Ahli Parlimen ‘pemalas’ Fuziah Salleh. Agak menghairankan kenyataan CMK ini umpama cuba menjilat ludah yang semula selepas meninggalkan PKR kerana kecewa. Untuk pengetahuan umum CMK ini juga adalah bekas calon PKR pada pilihanraya lepas tetapi tewas pada calon Barisan Nasional.

Bekas penyokong totok Anwar Ibrahim ini sebenarnya tidak mempunyai kerja lain selain dari menabur fitnah dan penipuan. Ramalannya juga tidak langsung memberi sebarang asas dan kebenaran.

image

Yang lebih mengelikan hati bila CMK melabelkan Fuziah Salleh sebagai ‘Wira Rakyat’. Persoalannya apa jasa Fuziah Salleh dikawasan parlimen Kuantan ini melainkan menabur fitnah dan penipuan semata-mata. Yang paling jelas bila Fuziah sendiri menikus bila diajak berdebat dalam isu Lynas. Ketika parlimen membahasakan isu Lynas ‘Wira Rakyat’ ini telah melarikan diri dengan tidak hadir ke parlimen. Adakah ini yang dimaksudkan sebagai ‘Wira Rakyat’ oleh CMK? Rasa-rasanya CMK ini mabuk ketum ketika menulis artikel didalam PDO.

Jika benar pun Dato’ Suffian Awang menjadi calon parlimen Kuantan rasa-rasanya Fuziah Salleh akan terkencing didalam kain. Jika dibandingkan keupayaan Dato’Suffian Awang dengan Fuziah Salleh kita boleh umpamakan sebagai langit dan bumi. Dato’ Suffian Awang amat terkenal dengan sifat kerja kuatny dan mudah mesra serta mudah untuk didekati berbanding dengan Fuziah Salleh yang tidak mesra rakyat, angkuh, bongkak dan pemalas. Ini jelas bilamana sebagai ahli parlimen Fuziah Salleh gagal menyelesaikan pelbagai masalah yang menimpa rakyat Kuantan.

CMK juga ada menyatakan bahawa Barisan Nasional amat gentar untuk berdepan PKR diparlimen Kuantan, adakah CMK sedar bahawa PKR diKuantan ini umpama hidup segan, mati tak mahu. Denga keahlian sekitar 700 orang adakah PKR mampu mempertahankan kerusi parlimen Kuantan ini? Sudah pasti tidak sama sekali. Yang sebenarnya gentar untuk berhadapan dengan lawan adalah PKR sendiri. Masalah dalaman yang bergolak diPKR amat jelas ditambah pula dengan rakyat yang sudah muak dan mual dengan sikap PKR yang hanya tahu bercakap tetapi tidak langsung menunaikan janji.

Rakyat sudah bosan dengan kata-kata kosong Fuziah Salleh yang amat jarang berada dikawasan parlimen Kuantan ini. Tiada sebarang usaha untuk memperbaiki atau mengatasi masalah rakyat. Bila diajukan soalan berkaitan rakyat Fuziah Salleh hanya membisu ataupun menyalahkan ADUN-ADUN didalam parlimen Kuantan. Tiada satu pun masalah rakyat dapat diselesaikan olh Fuziah.

Jika dibandingkan dengan Dato’ Suffian Awang, Fuziah umpama lembu yang tidak langsung memberi faedah kepada rakyat. Dato’ Suffiab Awang pula adalah seorng pemimpin muda yang kuat bekerja walaupun tidak mempunyai sebarang jawatan didalam kerajaan sebelum ini. Sifat rajin turun padang beliau telah menambat hati masyarakat berbilang bangsa diparlimen Kuantan ini. Jika ditakdirkan Dato’ Suffian Awang menjadi calon diparlimen Kuantan pada PRU yang akan datang, adalah baik sekali jika Fuziah Salleh pergi mencari kerusi yang selamat untuk dirinya. Jika Fuziah berhadapan Dato ‘ Suffian Awang nampaknya PKR akan kehilangan deposit.  Semua ini hanya akan berlaku jika benar telaan CMK yang menyatakan Dato’ Suffian Awang bakal diturunkan diparlimen Kuantan sebagai calon.

Janganlah kita percaya kepada ramalan sampah blogger toyol ini kerana tiada gunanya untuk kita mempercayai seorang yang tidak mempunyai maruah diri dan kerjanya hanyalah menipu dan menabur fitnah. Walauapapun kita tunggu dan lihat bagaimana PKR akan kecundang diparlimen Kuantan ini.

No Responses to “Ramalan sampah dari blogger jalanan CMK…”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s