Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Apa nak kata dah bila ISLAM jadi mainan politik semata-mata…..

Isu penghinaan ISLAM dah makin kerap terjadi tapi malangnya orang ISLAM masih lagi bertelagah sesama sendiri. Dalam negara ini orang ISLAM sendiri menghina ISLAM, tak kira dari mana-mana parti politik sekalipun ianya tetap berlaku.

Untuk UMNO dan PAS masing-masing pernah menghina ISLAM, jika ditanya bagaimana UMNO dan PAS menghina ISLAM? Jawapannya mudah…..dengan gagal untuk bersatu sebagai umat ISLAM dan perjuangkan ISLAM dinegara ini. ISLAM menuntut umatnya bersatu dan jika kita gagal untuk bersatu bermaknanya kita menghina agama suci ALLAH swt.

Bila kafir menghina ISLAM sekalipun UMNO dan PAS tidak dapat bersatu, inikah umat ISLAM yang sejati? Hanya disebabkan ada perbedaan ideology politik ISLAM diketepikan. Kita menuduh antara satu sama lain dan ISLAM hanya mainan politik. Bukankah itu satu penghinaan yang amat besar sekali untuk ISLAM? Janganlah kita mendabik dada mengakui kita pejuang ISLAM walhalnya tiada langsung kita peduli tentang pepercahan ummah.

Ini hakikat yang kita harus terima iaitu yang paling kuat menghina ISLAM adalah kita sendiri hanya semata-mata kerana perbedaan politik. Sampai bila perkara ini akan terjadi? Siapa yang harus bertanggungjawab? Pengikut atau pemimpin?

Cuba kita renung-renungkan…..

Advertisements

One Response to “Apa nak kata dah bila ISLAM jadi mainan politik semata-mata…..”

  1. Wahai org2 yg beriman, jgn jadikan pemimpin pemimpin kamu, org yg jadikan agamamu permainan iaity dr org2 yg diberi kitab sebelummu dan org2 kafir .. Quran5:57


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s