Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Tiga Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan, Banduan Yang Dibawa Terlepas

image

Seorang banduan yang baru dijatuhi hukuman penjara atas kesalahan dadah bertindak agresif dengan bergelut dan menendang anggota polis yang mengiringinya menyebabkan kereta polis yang mereka naiki terbabas dan merempuh belakang sebuah lori.

Kejadian pada pukul 11.45 pagi di Jalan Kuantan-By Pass dekat Taman Dato Rashid di sini, itu menyebabkan tiga anggota polis parah dan banduan itu melarikan diri.Anggota polis yang cedera itu ialah pemandu, Konstabel Filyx Lansaver Jinol, 25, Kpl Zulhairi Ramli, 24, dan Kpl Abd Rashid Ahmad, 51. Kesemua mereka kini dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Ketua Polis Derah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusuff berkata ketika kejadian, kereta polis berkenaan dalam perjalanan membawa banduan terbabit yang baru dijatuhkan hukuman atas kesalahan mengikut Seksyen 39 A (2) Akta Dadah Berbahaya 1953 dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Berang, Terengganu menuju ke Penjara Penor, di sini.

“Sampai di tempat kejadian banduan terbabit, Roslan Ismail, 32, tiba-tiba bertindak agresif dan bergelut dengan anggota polis sebelum menendang pemandu hingga menyebabkan kereta hilang kawalan sebelum terbabas dan melanggar sebuah lori rosak yang diletakkan di bahu kiri jalan menghala ke Kuantan.

No Responses to “Tiga Anggota Polis Cedera Dalam Kemalangan, Banduan Yang Dibawa Terlepas”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s