Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Jangan perjudikan nasib orang Melayu- Dato’ Suffian Awang

image

Pemuda Umno Bahagian Kuantan mahu orang Melayu merenung secara mendalam kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang meminta mereka supaya bijak membuat pilihan pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, jika tidak mahu maruah bangsa tergadai.

Menurut Ketua Pemudanya, Datuk Mohamed Suffian Awang, kenyataan Najib itu bukan satu ugutan tetapi realiti kerana selama ini Umno yang menunjangi tampuk pemerintahan negara sentiasa berjuang untuk memastikan survival orang Melayu terus terpelihara di negara ini.Katanya, keadaan ini amat berbeza jika dibandingkan dengan perjuangan pembangkang terutamanya Pas dan PKR yang hanya memikirkan kuasa sehingga sanggup mempertaruhkan nasib orang Melayu.

“Saya melihat kenyataan Perdana Menteri itu tepat pada masanya dan peringatan itu sebagai satu ‘wake-up call’ kepada pengundi Melayu supaya memikirkan masa depan mereka sebelum membuat sebarang keputusan pada PRU13.”Tambahan pula sejak kebelakangan ini, kita melihat pembangkang lebih-lebih PKR dan Pas yang semakin hilang punca kerana tamakkan kuasa serta sanggup mengikut telunjuk DAP biarpun terpaksa menggadaikan masa depan bangsa sendiri,” katanya.

Mohamed Suffian berkata demikian ketika mengulas kenyataan Perdana Menteri mengenai nasib buruk yang bakal menimpa survival orang Melayu jika mereka bertindak menukar kerajaan sekarang.

Beliau yang juga Exco Pemuda Umno berkata, sudah tiba masanya untuk pengundi Melayu menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya memburu kekuasaan dan berkepentingan sendiri tanpa menghiraukan nasib bangsa serta negara.

“Kita dapat lihat pembangkang sekarang ini semakin terdesak sehingga sanggup untuk menukar Jalur Gemilang yang menjadi lambang sebuah negara bangsa dengan bendera lain. Bukankah tindakan biadab itu menunjukkan mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajat besar itu tercapai,” katanya.

One Response to “Jangan perjudikan nasib orang Melayu- Dato’ Suffian Awang”

  1. Our people nowadays have lost touch of what patriotism is or should I say, devotion to their country. They have no sense in appreciating for what our ancestors have done. We should be grateful and have a self-belonging in ourselves that our country is ours for the taking, not ‘them’. It is true and soon enough our country will be colonized by uncivilized races.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s