Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Ancaman sianida di Bukit Koman bukan isu alam sekitar – Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob

Persidangan Dewan Undangan Negeri Pahang hari ini diberitahu bahawa isu ancaman sianida terhadap penduduk sekitar Bukit Koman, Raub yang didakwa berpunca dari kilang Raub Australia Gold Mining (RAGM) merupakan satu agenda politik pembangkang.

Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata ia bukan masalah alam sekitar sebaliknya isu politik yang sengaja digembar-gemburkan pembangkang.”Pembangkang sengaja menggunakan isu ini sebagai propaganda mereka. Ini dipelajari pembangkang dari ‘sifu’ mereka Adolf Hitler yang percaya bahawa setiap pembohongan jika diulang, orang akan percaya.

“Isu RAGM ini seperti juga isu Lynas, dimainkan pembangkang. Perkara ini yang menjadi masalah mereka. PolitikĀ  menjadi teruk apabila ada ‘hantu-hantu’ yang menjadi dalang merencanakan agenda di sebalik pakatan pembangkang,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Padang Tengku) berhubung jumlah penduduk Bukit Koman yang mengalami masalah kegatalan kulit, mata dan sistem pernafasan berikutan operasi RAGM.Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan, Datuk Hoh Khai Mun berkata daripada kajian didapati hanya 24.6 peratus penduduk kampung terbabit mengalami masalah berkenaan.

“Secara umumnya, mereka yang mempunyai masalah penyakit kulit antara 12 hingga 23 peratus, masalah pening 20-60 peratus, masalah mata berair antara 4-12 peratus dan masalah bernafasan 7-13 peratus.

Menjawab soalan Leong Ngah Ngah (DAP-Triang) mengenai ancaman sianida yang didakwa mengakibatkan penduduk Bukit Koman mengalami masalah kesihatan, Adnan berkata kerajaan negeri sudah menjalankan kajian dibantu pakar dari institusi pengajian tinggi (IPT) sejak 2009.”Daripada kajian tersebut didapati sianida bukan punca penyakit kulit yang dialami penduduk Bukit Koman,” katanya.-

Advertisements

No Responses to “Ancaman sianida di Bukit Koman bukan isu alam sekitar – Dato’ Seri Diraja Adnan Yaakob”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s