Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Dato’ Suffian Awang pemimpin muda yang berpontesi tinggi.

Nama Dato’ Suffian Awang tidaklah segah nama-nama pemimpin besar yang lain. Dato’ Suffian Awang Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuantan merangkap Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri dan exco Pemuda UMNO Malaysia seorang pemimpin muda yang mempunyai potensi tinggi dalam kepimpinan peringkat nasional.

Saya secara peribadi melihat keupayaan beliau dalam memimpin diperingkat bahagian amat memberangsangkan. Walaupun pernah diserang dan dikritik bertalu-talu namun beliau tetap dengan tenang dan rasional membuktikan serangan serta kritikan itu adalah tidak benar dan tidak mempunyai asas.

Beliau adalah seorang pemimpin yang amat dekat dengan golongan muda dan sentiasa mendahulukan permintaan-permintaan dan hasrat pengundi dan masyarakat. Inilah satu contoh pemimpin muda yang amat disenangikan masyarakat. Beliau yang mudah mesra dan mudah didekati sering kali bertemu rakan-rakan dan masyarakat walaupun sentiasa sibuk dengan tugasannya sebagai Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri.

Kita mahukan pemimpin muda seperti Dato’ Suffian Awang diketengahkan sebagai pemimpin peringkat nasional kerana golongan muda mahukan pemimpin seperti beliau mewakili org muda dan menyampaikan hasrat dan suara orang muda keperingkat yang lebih tinggi.

Kita akan lebih berasa banggan jika Dato’ Suffian Awang dapat mewakili kita diperingkat parlimen kerana beliau adalah suara orang muda, pendokong aspirasi orang muda.

Amat bertuah Pemuda Bahagian Kuantan kerana mempunyai sebutir permata yang boleh menyinar diperingkat yang tinggi dan mewakili suara pemuda. Saya secara peribadi yang berada diluar parti pun dapat melihat keupayaan Dato’ Suffian Awang apatah lagi mereka-mereka yang sentiasa mendampingi beliau.

Kepada Dato’ Suffian Awang, teruskan perjuangan dan terusakan usaha memperjuangkan suara orang muda. Syabas Dato’ Suffian Awang.

One Response to “Dato’ Suffian Awang pemimpin muda yang berpontesi tinggi.”

  1. Dan bila bercakap tentang pengaruh, kita tidak dapat memisahkannya dengan kepercayaan. Bila orang percaya, pengaruh kita kuat dan kepimpinan kita pun mantap.Bagaimana membina kepercayaan? Jawabnya, cakap dan sikap kita mesti selari. Itulah integriti – sifat amanah, jujur dan tulus yang dipraktikkan dalam apa jua keadaan dan masa. Itulah asas untuk orang mempercayai kita atau sebaliknya. Pengikut mesti percayakan pemimpinnya. Bila orang mempercayai kita, pengaruh kita akan meningkat. Bila pengaruh kita meningkat, kita akan berjaya dalam memimpin. Moga Beliau terus berkhidmat dan berjuang untuk kepentingan Islam dan orang melayu dengan penuh integriti. Insya allah


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s