Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

Munculnya golongan yang tidak beradab di Malaysia.

Sang Saka Malaya nama yang diberi kepada bendera ciptaan Najwan Halimi dikibarkan semasa malam kemerdekaan, adalah bendera yang pernah dikibarkan 10 tahun sebelum negara ini merdeka. 1947 tahun dimana kebangkitan golongan berhaluan kiri menuntut kemerdekaan dari British. Tahun itu jugalah golongan berhaluan kiri ini cuba mendapatkan kemerdekaan dengan disokong oleh Indonesia dengan gagasan Indonesia Rayanya.

Golongan behaluan kiri ini temasuk dengan MPAJA atau lebih dikenali sebagai parti komunis menuntut kemerdekaan dan mempunyai perancangan untuk menjadikan Malaya sebagai sebuah republik. Akan tetapi dalam masa yang sama kekuatan golongan nasionalis Melayu yang setia bersama Raja-Raja Melayu makin meningkat dan semangat memperjuangkan kemerdekaan tanpa menitiskan darah makin membara.

Alhamdulillah kejayaan dan sejarah ditempa 10 tahun kemudian dengan cara bermaruah dan penuh beradab iaitu kemerdekaan melalui meja perundingan. Satu kejayaan yang besar untuk seluruh rakyat Tanah Melayu. Semenjak dari itu kejayaan demi kejayaan terus dicipta hinggalah kini 55 tahun mengecapi kemakmuran dan menikmati kemerdekaan.

Kini muncul kembali golongan yang membawa ideologi golongan berhaluan kiri untuk teus merosakan negara ini. Amat jelas sekali jika kita perhatikan apa yang tejadi ketika ini. Golongan ini sudah meresapi minda anak-anak muda negara ini untuk terus menjadi manusia yang tidak beradab dan mengenepikan nilai-nilai yang murni semata-mata kerana gilakan kuasa. Mereka mengunakan anak-anak muda ini untuk memporak-perandakan negara ini dan menghancurkan sistem pentadbiran yang selama ini banyak berbakti kepada mereka.

Bendera Jalur Gemilang dihina dengan desakan mengantikannya dengan Sang Saka Malaya, pemimpin negara dihina dengan memijak gambar pemimpin-pemimpin negara ini, raja-raja Melayu dicaci dan diperbodohkan. Ini adalah cara-cara golongan yang mahu menghancurkan bumi Malaysia ini.

Dimanakan semangat patriotik mereka? Adakah mereka ini sudah lupa tentang kepayahan generasi terdahulu membangunkan negara ini? Amat menyedihkan anak-anak muda makin hilang jatidiri mereka dek disebabkan oleh pihak-pihak yang gilakan kuasa dan gilakan jawatan Perdana Menteri. Adakah kita masih lagi mahu bediam diri, berpeluk tubuh dan hanya berkata biarkan saja mereka?

Dimanakah maruah kita sebagai pejuang bangsa yang mempertahankan Agama, Bangsa dan Tanahair? Sanggupkah kita melihat generasi yang akan datang terus diperguna oleh mereka-mereka yang hanya gilakan kuasa? Negara akan musnah jika kita hanya duduk dan melihat sahaja tanpa  bertindak?

Mahukan kita melihat Tanah Melayu ini dijajah semula oleh mereka yang tidak bertanggungjawab? Marilah kita renungkan semua yang telah berlaku ini.

One Response to “Munculnya golongan yang tidak beradab di Malaysia.”

  1. Nampak kebelakangan ini, perbezaan politik bukan lagi membawa kepada pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan pentadbiran yang lebih baik, tetapi pertarungan siasah di negara ini telah menyuburkan akhlak yang buruk dan kehilangan adab sopan.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s