Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

SJKC Chung Hwa Kuantan sudah dapat, PULANGKAN PARLIMEN KUANTAN PADA UMNO!

Kerajaan telah memenuhi kehendak kaum Cina untuk membina sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina persendirian diKuantan. Tuntutan telah dipenuhi jadi tibalah masanya untuk MCA membalas kembali jasa kerajaan Barisan Nasional yang diterajui UMNO parti MELAYU dengan menyerahkan kerusi parlimen Kuantan semula kepada UMNO. Parliment Kuantan kerusi majority MELAYU sepatutnya menjadi milik mutlak UMNO yang boleh mewakili majority pengundi.

63% pengundi adalah Melayu didalam kawasan Kuantan dan mengapa MCA masih mahu berlagak sombong dengan mengatakan mereka boleh menang dan mewakili majority pengundi Kuantan? Tuntutan sekolah jenis Cina tidak sepatutnya diluluskan kerana Kuantan mempunyai majority kaum Melayu, sampai bila orang MELAYU harus berdiam diri dan terus menjadi  mangsa yang menanggung rugi?

Serba-serbi orang MELAYU harus menyerah dan jika orang MELAYU menuntut hak kita dikatakan rasis. Dimana keadilan untuk kaum majority? Apa hak mereka untuk menuntut pelbagai tetapi dalam masa yang sama hak orang MELAYU dipersoalkan? Rakyat Kuantan mahu MCA serahkan kerusi parlimen Kuantan kepada UMNO tiada alasan lain lagi.

MCA selama ini sebenarnya menjadi duri dalam daging buat Barisan Nasional walhal mereka tewas kebanyakan kerusi pada PRU yang lepas. Secara logiknya apa hak mereka menuntut pelbagai kemudahan sedangkan tiada satu pun kebaikan yang mereka mampu bawa kepada kerajaan. Kaum Cina sendiri menolak MCA apatah lagi kaum MELAYU yang sudah lama hilang rasa hormat dan kepercayaan pada MCA.

Buat pengundi Kuantan, tunjukanlah hak kita semua jika MCA masih bedegil tidak mahu menyerahkan kerusi parlimen Kuantan kepada UMNO. Jangan lagi kita sebagai majority terus sepi dari menuntut hak kita yang maikin terhakis.

Selepas Kuantan Dong Zong menuntut pulak perkara yang sama di Segamat, makin hari makin besar kepala mereka ini. Sokongan juga diberikan oleh MCA yang pada PRU 2008 tewas banyak kerusi tetapi masih menganggap diri mereka jaguh. Hakikatnya MCA sudah tiada tempat di parlimen Kuantan, kaum Cina turut menolak mereka disini, justeru apa perlu mereka menuntut pelbagai keistimewaan sedangkan hak orang MELAYU yang termaktub didalam perlembagaan kerap kali dipersoalkan. Hak ISLAM juga dipersoalkan, apa lain yang kita sebagai MELAYU ISLAM perlu nantikan?

Serah kembali kerusi parlimen Kuantan kepada UMNO jika MCA bermaruah. Jika kekal menjadi kerusi mereka percayalah Pahang tidak dapat mendapat 100% kerusi parlimen. Rakyat dan pengundi Kuantan mahukan UMNO kembali menjadi calon parlimen Kuantan….

No Responses to “SJKC Chung Hwa Kuantan sudah dapat, PULANGKAN PARLIMEN KUANTAN PADA UMNO!”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s