Melayu Muda
Perbincangan isu-isu bangsa Malaysia

PEMUDA UMNO dan masa depan.

image

Sempena Ramadhan yang mulia ini mari kita cuba membuka minda dan membuat anjakan minda demi agama, bangsa dan tanahair. Dalam kita berbicara tentang hala tuju parti keramat orang Melayu kita harus memastikan kesinambungan kepimpinan yang berada didalam UMNO itu sendiri. PEMUDA UMNO sepatutnya menjadi sayap melahirkan pemimpin pelapis untuk terus menerajui UMNO.

UMNO sebenarnya ketandusan pemimpin yang mempunyai latar belakang agama yang tinggi dan agak sukar untuk UMNO melahirkan golongan-golongan Ulama yang boleh menambat hati masyarakat negara ini. Jelas sekali UMNO perlu berbuat sesuatu demi memperjuangan agama, bangsa dan tanahair. Justeru kepimpinan PEMUDA harus memberi tempat kepada Ulama Muda untuk diterajui. UMNO ketika ini mempunyai seorang Ulama Muda yang hebat dan berpengetahuan luas dalam agama dan secara individu beliau mempunyai perwatakan yang agak senang didekati. Ulama Muda yang dikatakan ialah Ustaz Fathul Bari.

Ramai mempercayai bahawa jika diberikan ruang untuk beliau meneraju PEMUDA UMNO ianya akan merubah segala persepsi yang selama ini dilemparkan kepada UMNO. Ahli-ahli UMNO juga percaya Ustaz Fathul Bari mampu mengembalikan kepercayaan masyarakat untuk terus menyokong UMNO dan berada bersama-sama PEMUDA UMNO. Inilah satu “remedy” untuk UMNO kembali hebat dan kembali mendapat kepercayaan rakyat.

Sudah lama UMNO dihimpit dengan pelbagai masalah kepimpinan dan sudah tiba masanya UMNO kembali memulihkan imej dan kembali kepada perjuangan menegakkan agama, bangsa dan tanahair. Ulama dan penceramah bebas Ustaz Kazim Alias juga pernah menyatakan bahawa tiada pilihan tebaik melainkan parti yang telah mentadbir negara selama ini, walaupun banyak kelemahan tetapi ianya adalah pilihan terbaik untuk memperjuangkan agamadan bangsa. Bayangkan jika Ulama Muda seperti Ustaz Fathul Bari mengetuai PEMUDA UMNO, sudah pasti kehebatan UMNO sebagai parti siasah yang memperjuangkan agama dan bangsa tiada tolok bandingnya.

PEMUDA UMNO wajib membuat anjakan demi survival politik parti keramat orang Melayu ini dengan meletakan Ulama Muda seperti Ustaz Fathul Bari sebagai Ketua sayap PEMUDA UMNO. Tiada pilihan lain melainkan UMNO terus memperjuangkan ISLAM untuk kekal relevant dalam arena politik Malaysia.

Marilah kita PEMUDA UMNO memberi tempat kepada Ulama Muda untuk menerajui PEMUDA UMNO dan mempersiapkan pelapis kepimpinan UMNO yang tinggi nilai moralnya, yang berpengetahuan luas dalam bidang agama agar dapat memimpin para pemuda yang bejuang menegakan ISLAM.

No Responses to “PEMUDA UMNO dan masa depan.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s